Followers

Tuesday, March 29, 2011

Dunia Nak Kiamat Yahoooo


Sejak akhir akhir ni kecoh sungguh manusia dengan gempa bumi lah, tsunami lah, tanah runtuh ler, banjir or memacam lagi. Dan mereka suka kaitkan dengan hari nak kiamat. Aku bukan tak percaya kiamat. Aku percaya kiamat tu akan hadir. Tapi kadang kadang manusia ni pelik. Takut tak bertempat. Macam ler sebelum ni tak pernah hujan, tak pernah banjir, tak pernah gempa bumi.

Dan aku percaya kalau selepas ni tiada lagi kejadian seperti tu, manusia akan lupa semula pada teori kiamat mereka. Humm macam tu ler manusia kan. Helloooo sebelum berlakunya kiamat tu, akan turunnya Nabi Isa dan juga imam Mahdi. Sebelum berlakunya kiamat tu, umat islam akan dapat kembali Palestin. So kita dah dapat Palestin semula ke?

Oklah aku malas nak cerita pape pasal kiamat. Kang ada orang tak puas hati pulak. Nanti ade puak yang rasakan dorang terlebih islam daripada orang lain. Oklah aku cuma nak luahkan apa yang aku rasa hari ni je.

Kalau korang dapat rasakan, sejak erkk dunia nak kiamat ni korang perasan tak harga barang makin mahal. Nanti jangan cakap salah BN. Karang aku lempang mulut tu. Ini bukan salah Kerajaan tapi ini dinamakan globalisasi.

Masalah ni berlaku diseluruh dunia. So bukan salah BN haaa. Masalah ni sebenarnya berkaitan dengan cuaca dunia. Perubahan cuaca yang korang cakap nak kiamat tu disebabkan oleh masalah pertumbuhan penduduk dunia yang semakin meningkat. Ditambah lagi dengan perlepasan gas beracun daripada aktiviti manusia. Itu semua menyumbangkan masalah kepada iklim dan seterusnya menjejaskan manusia.

Ok balik semula ke Malaysia. Tadi aku pergi ler kedai mamak. Bukannya kedai mamak standard Bukit Bintang tapi kedai mamak kat kampung aku je. Aku ambik ayam seketul harga dia RM3. Ok kalau korang anak Dato macam Sophon takpelah. Dia pun ada cakap nak beli set golf hehehe.

Tapi bagi aku yang hanya keturunan bangsawan yang tak serupa bangsawan dah ni, harga tu memang buat aku tercekik. Nasib baik ler aku jenis tak makan nasik kat kedai setiap hari. Kalau tak mahu habis duit gaji aku bagi kat tokey kedai je lah.

Sedih sungguh aku. Semakin hampirnya dunia kiamat, nilai matawang kita menjadi semakin susut. Duit RM50 ringgit kalau beli 2 3 jenis barang dapur je dah habis. Aku ingat lagi zaman kanak kanak aku lebih kurang 20 tahun dulu. Dengan RM50 kita boleh beli keperluan dapur untuk sebulan. Ataupun cukup untuk 2 minggu.

Inilah bezanya dunia happy hour aku dulu dengan dunia hampir kiamat sekarang. Boring sungguh zaman sekarang huhuhuhu.

4 comments:

Khuzrin Kamarudin said...

errkk?

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Maaf saya lama tak ziarah kamu”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kalau kita rajin kelek-kelek surat khabar, tentu kita boleh perasan yang sekarang nie dah nak dekat pilihanraya Umum

Pada yang dah berumur 21 tahun, cepat-cepatlah pergi mendaftar sebagai pengundi. Nak daftar senang jer. Pegi pejabat pos bawak IC dan mintak didaftarkan sebagai pengundi. Kejap jer. Takde laa sampai berejam-jam lamanya

Alan said...

khuzrin: erkkk?

afzainizam: rasanya tahun depan kot..awal tahun dalam bulan 3..tapi elok pergi mendaftar cepat

Anonymous said...

sengal erk kau nih..gempa tu semua kan tanda kiamat...wajar la orang rasa takut..at least,ade jugak rasa Tuhan tu wujud dan hari kiamat tu benar...sekurang2nya beringat..
tanda2 kecik da banyak..so,kau pun kena beringat..blaja lebih lagi ye..
one more tak pyh la nak sebarkan aib orang lain..tunjuk tetek bagai.tu .fitnah makin tersebar dosa orang makin bertambah kau buat mcm gitu.tu antara dia dgn tuhan..bia la dia nak tunjuk pape pun..pape nasihat sampaikan terus kat dia.tak pyh sampaikan kt orang2 lain gambo macam tu.galakkan org mgumpat,mgata...kau tau kan hukum sebarkan aib orang tu ape..one day kalau orang buat kat ank pompuan kau mcm gitu baru la kau tau nokss.ada orang mcm gini lagi kuat la tanda2 dah nak kiamat..orang2 yang menzalimi..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...