Followers

Tuesday, February 08, 2011

My Balik Pulau, Propaganda Sial

Sekarang ni kecoh tentang risalah yang diedarkan di P.Pinang. Risalah bertajuk My Balik Pulau telah mencetuskan kontraversi apabila mengandungi fakta yang menghina orang melayu.



Antara yang menjadi kontraversi adalah mengatakan P.Pinang dibuka oleh orang cina dan British. Sedangkan P.Pinang dibuka oleh orang melayu. Malah P.Pinang sendiri asalnya adalah sebahagian daripada negeri Kedah.

Selain itu ilustrasi yang dibuat juga dikatakan menghina orang melayu.



Orang melayu digambarkan sebagai miskin dan sangup menjual tanah semata mata untuk kenduri kahwin yang mewah. Dah memang jelas yang propaganda ini sengaja dibuat untuk menjatuhkan maruah orang melayu.

Walaubagaimanapun aku sebenarnya juga bersetuju dengan satu fakta ini iaitu orang melayu ini terlalu mudah menggadaikan tanah untuk kesenangan segera. Perkara ini bukanlah kisah dongeng semata mata. Sebaliknya kisah benar sejak turun temurun.

Sehingga ke hari ini, orang melayu masih lagi berebut harta pusaka terutamanya tanah dan kemudiannya dijual kepada bangsa lain. Semuanya semata mata kerana tamakkan wang ringgit. Orang melayu mudah terpedaya dengan tawaran seratus atau dua ratus ribu ringgit.

Mereka menyangka dengan wang sebanyak itu mereka akan menjadi kaya. Padahal bangsa lain yang membeli tanah itu akan mendapat pulangan yang lebih tinggi daripada yang mereka laburkan. Semuanya hanya memerlukan kerajinan dan kesungguhan untuk mengusahakan tanah.

Sedangkan orang melayu lebih rela melepaskan tanah yang mereka ada semata mata untuk senang segera. Sikap orang melayu ini lambat laun akan merugikan mereka sendiri. Hayatilah video yang aku letakkan ini. Sayangilah pusaka bangsa kita. Jika kita terus menggadaikan harta yang kita ada, akhirnya anak cucu kita juga yang menanggung akibatnya.

4 comments:

asrul said...

Maam cerita tanah tengah kuantan tu. Tak ambik peluang.

alan said...

asrul: tau xpe

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ni lahhh orang melayu nak marah suka sangat cari kontraversi...issshhhh apa nak jadi lahhh

Alan said...

jadi rimau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...