JITRA: “Akibat sering didera, saya nekad melarikan diri dengan menumpang di rumah kakak. Saya tidak tahan dengan perangainya apabila sering menuduh saya bermain kayu tiga,” kata seorang jururawat yang menjadi mangsa dera suaminya sejak setahun lalu di Taman Pasu, di sini, semalam.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Fadzilah, 37, berkata, suaminya seorang tentera berusia 37 tahun mula berperangai pelik Mei lalu apabila sering menuduhnya menjalinkan percintaan dengan lelaki lain. Katanya, penderaan bermula pada 27 Mei lalu apabila suaminya yang baru pulang daripada kerja kira-kira jam 12.30 tengah malam menuduhnya mempunyai hubungan dengan lelaki lain walaupun sebelum ini suaminya tidak pernah berkelakuan sebegitu sejak mereka berkahwin pada 2007.
Menurutnya, suaminya yang ketika itu keadaan marah menarik tangannya lalu menghempasnya ke katil tanpa menyedari kepalanya terkena bucu katil di dalam bilik tidur menyebabkannya cedera di kepala dan lebam di bahagian lengan. Malah, katanya, dia pernah dikurung di rumah daripada ke tempat kerjanya kerana suaminya enggan membenarkannya berjumpa lelaki yang dikatakan menjalinkan hubungan dengannya. Akibatnya, mangsa mengalami tekanan perasaan dan gangguan mental. Mangsa juga membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu pada 28 Mei tahun lalu.
Beberapa minggu lalu suspek menggunakan bomoh dengan meletakkan minyak pengasih pada kereta saya dan sekeliling rumah. Dia juga kerap mengganggu saya sekeluarga dengan mengintip melalui tingkap rumah pada waktu malam untuk mengetahui keadaan isterinya, malah memanjat pokok ceri berhampiran rumah dan cuba mengintip kami menggunakan teropong,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Ini seorang lagi jantan gila seks. Memalukan kaum lelaki je jantan macam ni. Memang gila isim ler. Siap pakai bomoh lagi. Eloknya jantan macam ni ditetak je dengan pedang samurai. Menyusahkan orang tak habis habis.
4 comments:
pergghh gila & memalukann jeee
nisa: tau xpe
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
uhhhhhh tak selera nak nengok.... isshhhhh akibat penderaan kut
hehehehe
Post a Comment