Followers

Thursday, January 27, 2011

Sindiket Perdagangan Kanak kanak Tumpas



TELUK KEMANG 26 Jan. - Seorang penyelia dan tiga tenaga pengajar sebuah pertubuhan di sini ditahan pihak berkuasa hari ini kerana disyaki menggunakan kanak- kanak bawah umur untuk melakukan jualan amal di negeri ini termasuk di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Seremban dan Nilai.

Jurucakap JHEAINS memberitahu, pemeriksaan dilakukan selepas banyak aduan diterima berhubung penglibatan kanak-kanak itu yang mengutip derma untuk pertubuhan berkenaan sehingga lewat malam.

"Penyelia itu merupakan ketua bagi zon selatan manakala tiga tenaga pengajar itu mendakwa diri mereka sebagai ustaz yang mengajar kanak-kanak dalam bangunan pertubuhan terbabit," katanya ketika ditemui di Balai Polis Lukut di sini hari ini.

Kumpulan berkenaan menempatkan lebih 83 remaja berusia antara 10 hingga 18 tahun dipercayai menjalankan aktiviti berkenaan sejak sekian lama dan mengeksploitasi mereka atas alasan ia kurikulum berkonsepkan keusahawanan.

Sumber: Utusan Malaysia

Benda ni dah lama berlaku. Tapi kenapa baru sekarang baru nak bertindak. Tapi tak mengapalah. Teruskan usaha membanteras kegiatan haram ni. Mereka sengaja menggunakan kanak kanak untuk mengaut keuntungan.

Aku memang anti dengan sindikit macam ni. Aku selalu jumpa bebudak ni kat depan bank. kadang kadang aku kesian dengan mereka. Mereka kata dari pusat tahfiz tapi disuruh menjual cd dan kalendar.

Yang aku jumpa selalunya budak budak je. Tak pernah nampak ketua mereka. Kalau jumpa aku rasa nak bagi penerajang je. Memang gampang diorang ni. Spesis menjual nama agama dan kanak kanak untuk kesenangan sendiri.

Walau apapun alasan mereka, mereka seharusnya didakwa dibawah Akta Anti-Penyeludupan Manusia 2007. Ini kerana mereka menjadikan kanak kanak sebagai buruh atau pekerja menjual kalendar,cd dan minyak angin.

4 comments:

mie said...

gue pun xbape suka dgn sindiket2 ni...

Alan said...

mie: yup

Naisophon said...

sokmo jumpa mereka dekat CIMB kuantan + BSN kuantan. Area tu tempat trafik kurang, mereka memang suka gi tempat gitu.

Kalu kat kelantan, lagi lah. Dia siap pegang lengan kamu lagi, mana kamu nak lari? Nak sentap tangan mcm rasa tak sedap, last sekali wat keluar jugak duit seriggit.

alan said...

sophon: tu ler dorang dok kumpul depan bank wat aku tension je..dah ler cucuk kad tgk gaji x masuk memanjang..pastu mintak duit lak..hangin satu badan.,.tu aku rasa nak terajang je malaun yang perguna diorang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...