Followers

Tuesday, January 04, 2011

Radio Lama Philips Model D7143

Kali ini aku nak tunjukkan sebuah radio lama. Rasanya tak lah lama sangat mungkin dalam 30 tahun je umur dia.






Radio ni pakai kaset. 30 tahun dahulu tak wujud lagi mp3. CD sebenarnya sudah ada tapi tak digunakan secara meluas. Masa tu teknologi untuk cd ataupun dipanggil laser disk boleh dikatakan mahal jugalah. Dan biasanya digunakan untuk set Hi-Fi yang besar dan mahal saja.



Radio ni keluaran Philips dan buatan Singapore. Sekarang tak pasti sama ada Singapore masih lagi mengeluarkan produk elektronik ataupun tidak. Philips sekarangpun hanya fokus kepada produk lampu sahaja.




Adalah biasa sekiranya radio mempunyai AM/FM tetapi agak jarang untuk kita melihat SW. SW itu merujuk kepada short wave ataupun gelombang pendek. Dahulu aku pernah dapat siaran radio Indonesia menggunakan SW ni.



Dibahagian tepi, dibahagian atas tu, butang untuk mencari frekuensi. Cuma perlu tolak saja keatas atau bawah. Butang bawa pula untuk menukar dari radio kepada kaset. Kira on off lah tu. Radio ni masih boleh digunakan cuma kaset saja tak boleh digunakan. Kalau masukkan kaset humm putuslah tali kaset tu bersimpul.



Dahulu aku sering dengar lagu guna radio ni sambil buat kerja sekolah. Time tu lah aku mula layan lagu lagu tangkap leleh sekitar tahun 1998 1999. Banyak kenangan radio ni sebenarnya. Kenangan zaman remaja yang penuh kegemilangan :)



Kaset depan radio tu kaset last aku beli. Beli kat Mahkota Parade Melaka tahun 2003 kot. Ingat time beli kaset ni, awek kedai tu dok ngorat aku. Maklumler time tu aku muda belia kacak bergaya, badan slim lagi youuu hehehehe.

4 comments:

Anisa Hang Tuah said...

wah! style lah..

alan said...

nisa: style ke huhu

Afzainizam said...

Welcome..Happy..New..Year
╔══╦══╗╔╦╗  
╚═╗║╔╗║║║║ 
╔═╝║║║║║║║ 
║╔═╣║║║║║║    
║╚═╣╚╝║║║║    
╚══╩══╝╚╩╝
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

woooo.... mmg sangat klasik dan retro sesangat.... aku ingat datuk aku ade gunakan dulu jenis camni warna hitam.... boleh pakai sampai sekarang.... pakai bateri besau.... pasal kalau tak ade letrik kat umah boleh gak dengar radio....tak lah boring sesangat... cuma nak cari siaran dia tu kena tarik antena panjang panjang... lekat wayer sambung keluar tingkap.... canggihkan

Alan said...

afzainizam: tu dah boleh pki p1 wiwax kalau sambung keluar tingkap hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...