Followers

Thursday, January 06, 2011

Filem Seram khurafat? Kepala Bapak Kau!

Tadi aku jenguk blog Tok Rimau (klik sini). Beliau ni salah seorang blogger tersohor negara cuma budget low profail je. Dia juga antara generasi pertama blogger di negara ni atau kata lain Old Timer.



Aku setuju dengan dakwan beliau bahawa fitnah yang dilempar kepada filem seram buatan tempatan adalah celaka. Sejak kebelakangan ini banyak sungguh mulut berbau longkang dan jamban yang mengkritik filem seram. Kononnya membawa unsur tahyaul, khurafat, tak elok untuk anak anak.

Aku nak tanya pada mereka yang mangkuk ni semua, adakah mereka ni terus masuk agama lain selepas tengok filem seram? Adakah mereka ni terus menyembah pokok, batu, bulan atau bintang selepas tengok filem seram?

Kalau mereka kata nanti boleh percaya pada hantu, nampak sangat mereka ni takde iman hahahahahahahahaha. Bodoh betul tengok cerita seram boleh buat orang percaya pada hantu. Alasan macam tengah sembelit je.



Kalau cakap nanti anak anak terpengaruh, sapa suruh anak kau tengok. Yang kau pun bebal apesal bagi anak kau tengok. Lagipun standartlah budak budak. Dah besar nanti dia oklah. Siap boleh jadi mat rempit lagi.

Jawapan aku untuk orang ni semua, kau tak suka tak payah tengoklah. Tak ada siapapun yang paksa kau pergi tengok. Tak ada mana mana produser yang pakai duit kau untuk buat filem dia. Paranoid sungguh orang melayu ni. Tak nak mengaku kelemahan diri sendiri. Nak tutup kelemahan diri, terus nak jahanamkan periuk nasi orang lain, nak membunuh minat dan hobi orang lain. Orang celaka macam ni pun ada.

Bagi aku, daripada filem seram, lagi gampang orang politik ni. Lagi banyak tahyul, khurafat dan hantu dalam politik negara. Tak percaya, tunggu pilihanraya, mesti banyak muncul pengundi hantu. Kan hantu tu. Siapa yang bela?

Orang politiklah paling banyak menghancurkan negara. Pelacuran, perjudian, gayboy, rasuah, fitnah, fatwa syirik, pecah amanah, projek masuk poket sendiri. Tu semua kerja orang politik. Lagi celaka dari filem seram yang korang fitnah tu.



Cukup cukuplah orang politik je yang jadi pengkhianat negara. Jangan nak dengki pada orang lain. Atasi kelemahan diri dengan cara yang elok. Bukannya diri tu dah jahanam, kau nak jahanamkan orang lain pulak.

3 comments:

Unknown said...

melayu ni rmai sgt typical.. hmm..

Anonymous said...

sebenarnya, yang jadi masalah filem yang rempit, bohsia gitu bagi aku. Sebab fokus dia pada remaja. Otak remaja masih fresh, kalu dedahkan benda gitu memang prob akan datang.

Kalu bab tahyul tu, tidak lh. Betul kata mu, kalau pas tgk sekali movie tahyul tu terus murtad, lemah benar la iman org tu.

eh, ko skrg komen scr anon eh?

Alan said...

heidi: tau xpe

sophon: kalau takde movie rempitpun budak tetap rempit juga..naluri seorang rempit tu ko x boleh padam.

ada masalah sikit tentang komen ni.nanti aku try settle.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...