Followers

Monday, December 27, 2010

Lembu Comel



Hari ni aku nak share dengan korang bagaimana untuk menjaga lembu. Kenapa aku nak cerita mengenai lembui? Sebabnya kalau cerita kucing dah ramai sangat orang yang buat. So biarlah aku cerita mengenai haiwan lain pula.

Mula mula kalau korang nak bela lembu, korang kenalah ada lembu. Kalau tak macam mana nak bela lembu kan. Biasanya orang menternak lembu adalah untuk tujuan komersil. Jaranglah yang ada semata mata kerana hobi :).

Di Malaysia ni, lembu pedaging adalah lebih banyak diternak berbanding lembu tenusu. Ini kerana lembu pedaging lebih mudah dijual dan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran Bursa malaysia.

Baka yang biasa diternak di Malaysia adalah dari jenis :

- Kedah Kelantan (kk)
- Kacukan Friesian - Sahiwal
- Local Indian Dairy
- Droughmaster
- Brahman

Ada beberapa cara untuk memelihara lembu. Korang tak boleh kurung lembu macam mengurung kucing atau anjing. Apatah lagi macam hamster. Mati lembu tu nanti. Cara pertama yang popular di gunakan di malaysia ataupun seluruh dunia adalah cara buat tak tahu.

Cara buat tak tahu tu adalah membiarkan lembu lembu korang bebas berkeliaran sehingga masuk kebun orang lain, tidur atas jalan dan bermacam macam hal. Bila nak kenduri baru berebut mencari lembu sampai bergaduh bertetak.

Itu cara pertama. Cara kedua adalah secara Fidiot. Cara ni adalah baik dan berhemah daripada cara pertama. Lembu lembu akan dikurung didalam kandang yang besau. Lembu lembu diberi makan sama ada rumput ataupun dedak. Tetapi didalam banyak kes, kedua jenis makanan ini dicampur sekali. Makanan diberi pada kadar berat kering 3-5 % daripada berat lembu korang.

Cara ketiga adalah dipanggil Separa Intensif. Lembu lembu dibawa keluar dan dibiarkan meragut dipadang ragut. Bukannya meragut beg awek kat tepi jalan. Setelah petang lembu lembu akan dibawa pulang ke kandang.

Cara keempat pula dipanggil Cara Integrasi dan Tanaman Utama ataupun CITU. Fuhh macam ops taktical je bunyinya. CITU ini biasanya digunakan diladang ladang kelapa sawit atau getah. Lembu lembu akan dibawa meragut dikawasan ladang. Cara ini sebenarnya membantu mengurangkan kos merumpai diladang dan kos makanan lembu. Kiranya serampang dua mata lah projek ni.

Keluasan kandang lembu pula perlulah :
Pembinaan Kandang : Keluasan - 1 ekor = 30 kaki persegi. Jika 10 ekor = 20 kaki x 15 kaki dan tinggi 8 - 10 kaki.

Palung makanan dan minuman: Ruang makan = 1.5 kaki/ ekor. Ruang minum 1 kaki / ekor.

Pasung: Sebesar saiz lembu supaya ianya tidak meronta apabila dimasukkan kedalam.

Pemakanan
Kebiasannya seekor lembu memerlukan 20 - 30 kg rumput sehari. Lembu hanya boleh bergantung kepada rumput sekiranya ianya memakan rumpu yang bermutu tinggi. Jika tidak, makanan tambahan dan garam galian perlu diberikan kepada lembu. Selain itu, buangan pertanian seperti hampas kelapa sawit, kulit koko, pucuk tebu, pucuk jagung dan batang sagu boleh diberikan.



Kawalan Penyakit

Lembu juga mempunyai penyakit yang perlu diberi perhatian. Penyakit yang biasa berlaku adalah luka, serangan cacing dan parasit serta jangkitan kuman dipusat anak lembu. Untuk rawatan, lembu perlu diberi ubat cacing 2-3 kali setahun dan juga ubat kutu. Rawat pusat dan tali pusat anak lembu untuk mengelakkan jangkitan.

Untuk membiakkan lembu, lembu betina itu haruslah matang dan akil baligh. Cara membiakkan lembu adalah secara natural ataupun secara makmal iaitu permanian beradas.

Seekor lembu betina boleh dikawinkan semula selepas 60 hari bersalin. Lembu sudah tidak lagi sesuai dikawinkan apabila ianya sudah beranak 5-6 kali ataupun telah berumur 8-10 tahun.

Tempoh bunting atau hamil sesekor lembu itu adalah selama 283 hari. Lembu yang hamil perlu diasingkan dan diberi makanan dan air bersih setiap masa untuk menjaga kesihatan ibu lembu. Setelah anak lembu dilahirkan, anak lembu perlu mendapat susu ibu sekurang kurangnya 4 hari. Penyusuan akan diteruskan selama 3 bulan.

Setelah itu barulah anak lembu akan diajar bagaimana memakan dedak dan rumput sehinggalah ianya bercerai susu ibunya.

Inilah sedikit sebanyak panduan untuk membela lembu. Selepas ni sekiranya berminat bolehlah korang menjadikan lembu sebagai haiwan kesayangan. Keistimewaan lembu berbanding haiwan peliharaan lain adalah korang boleh mendapat susu segar dan juga boleh digunakan untuk pengangkutan. Yelah minyak dah mahal sekarang. Inilah cara altenatif untuk mengurangkan kos sara hidup.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...