Followers

Sunday, December 26, 2010

Jodoh Dan Usia

Melangkau usia 40 tahun cukup memberikan banyak pengalaman kepada sesiapa juga. Dalam fasa usia begini, ramai yang cukup bahagia melayari kehidupan tambahan pula dikelilingi anak-anak dan insan tersayang.

Tapi, dalam usia begini Anuar masih sendiri. Bersedirian mengharungi kehidupan sedangkan orang lain enak membuai rasa indah dengan orang yang mereka cintai.

Kalau diikutkan bukan sekarang sahaja isu ini melingkari dirinya. Sudah bertahun-tahun dia menghadapi soalan yang sama sampaikan sudah penat untuk menjawabnya.

Cukup klise dengan persoalan ini, Anuar mengambil keputusan tidak mahu mengelak. Baginya setiap orang berhak untuk bertanyakan apa sahaja mengenai dirinya termasuklah soal jodoh.

“Saya reda dengan kehidupan hari ini. Biarpun soalan yang ditanya kepada saya, jawapannya tetap sama. Saya gembira dengan kehidupan sekarang dan tak pernah terlintas dalam hati saya untuk sedih dengan apa yang telah berlaku.

“Saya tahu ada yang terbaik untuk diri saya. Hidup sendirian bukan satu perkara yang menjengkelkan. Kalau orang lain nak sakitkan otak kerana masih bersendirian, saya tak tahu.

“Mungkin jodoh saya belum sampai. Sebagai hamba Allah, aturan hidup kita sudah ada. Terpulang kepada kita nak laluinya bagaimana.

“Saya masih ada anak saudara yang ramai, ada pengurus yang cukup setia dari dulu lagi dan mempunyai ramai kawan-kawan yang berkualiti.

“Jadi tak timbul masalah masih sendiri kerana saya gembira dengan kehidupan hari ini. Ada banyak lagi perkara lain yang saya kena fikirkan dan kena buat untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Kalau boleh biarlah saya tenang. Saya tak mahu rosakkan jiwa dengan persoalan masih membujang. Saya tidak ‘berdrama’ mengenainya,” ungkap Anuar satu persatu.

Dalam nada yang cukup merendah diri, Anuar yakin pertambahan usia setahun ke setahun itu memberikan kematangan yang besar pada dirinya.

Jelasnya, setiap hari dia tidak pernah lupa memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa agar diberikan rezeki berpanjangan dan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan.

Sumber: Utusan Malaysia

Aku bukanlah peminat tegar Anuar Zain apatah lagi Anwar Ibrahim. Walaupun bukan peminat tetapi lagu nyanyian beliau aku suka. Ya dia sama macam Aznil, diusia 40 dia masih lagi kelihatan 20. Dalam masa sama, aku tunggu juga bila Anuar ni nak kahwin. Maklumlah dia dah melangkah ke usia 40 tahun.

Selain Anuar Zain, Ella ratu rock kita juga masih belum berkahwin. Yang ni memang aku minat bangat sebab dia pompuan. Takkan aku minat pada Anuar Zain pulakkan. Im not gay ok hehehe. Usia Ella akan mencecah 45 tahun depan tapi masih cantik dan comel. Sifat manjanya buatkan ramai lelaki akan cair hatinya termasuk aku hehehe.

Dengan pakej yang mereka ada, senang senang mereka berdua ni boleh kahwin. Tapi mereka masih senang solo sehingga sekarang. Bukan aku nak cerita benda negatif tapi jodoh pertemuan tu di tangan tuhan. Tak kiralah sehensem atau secantik mana seseorang, kalau dia tak sampai seru maka tak kawinlah jugalah.

Erkk aku citer pasal kawin ni pun bukanlah aku kemaruk nak kawin. Memang aku mencecah 27 tahun next year tapi alasan aku sama mcam mereka. Selesa solo hehehe. Zaibo kawin time umur dah 54 lagi gempak hehehe.

4 comments:

Naisophon X said...

Bagus juga jodohkan dua orang ni.

Naisophon X said...

Cerita pasal laki tak kawin, aku teringat kt post kau dulu.

Laki umur 41 yang bunuh Ain, yang mngandung luar nikah tu. Ain umur 17 tahun.

Best juga tua kawen org muda.

alan said...

sophon: lagi bagus kalau ella kawin dgn aku hehehehe..sape xnak bini muda..sebab nak bini muda ler orang kawin 2 3 hehehe

enyheartsdiamond said...

bini muda pada namanya.. ada juga kes bini nombor dua tu lagi tua dari bini pertama..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...