Followers

Monday, December 06, 2010

Geografi Tingkatan 5

Jika dulu aku tunjukkan buku atlas lama, dan sekarang aku nak kongsikan pula buku Geografi Tingkatan 5. Aku tak pasti sama ada pelajar sekarang masih menggunakan silibus yang sama. Buku ini adalah cetakan tahun 2000.



Antara silibusnya adalah mengenai sumber, jenis jenis sumber, pertumbuhan penduduk, migrasi penduduk, penempatan desa/bandar, pengangkutan dan perindustrian.



Sebenarnya silibus untuk tingkatan 5 ini adalah ulangan dari tingkatan4. Campur sedikit tingkatan 2 dan 3. Misalnya mengenai penempatan desa dan bandar. Ianya sudah dipelajari di tingkatan 4. Penempatan sementara, kekal, kelompok, berselerak dan lain lain.



Begitu juga dengan kepadatan penduduk, jenis jenis pengangkutan, hasil tanaman dan juga galian. Semuanya sudah dipelajari di tingkatan 4. Cuma untuk tingkatan 5 ianya dikembangkan sedikit.

Dulu aku selalu bertengkar dengan cikgu. Selalunya untuk soalan begini "kawasan bertanda x adalah merujuk kawasan apa?". Aku selalu pertikaikan kawasan x itu boleh terletak dimana mana. Mungkin kutub utara, afrika, amazon. Padahal sebenarnya soalan itu merujuk kepada kawasan asia tenggara. Dan akhirnya aku kena baling dengan pemadam papan hitam hehehe. Rindukan semua kenangan ni.



Aku tahu ramai pelajar yang tidak sukakan geografi sama seperti sejarah. Ini kerana dua subjek ini adalah berasaskan fakta jadi pelajar kena menghafal dan menjawap soalan sama seperti yang ada didalam buku.

Tapi bagi aku, aku cukup meminati sejarah dan geografi. Mungkin kerana cara pengajaran cikgu aku dulu membuatkan aku meminati subjek ini. Terima kasih cikgu Wan Suhaila, Cikgu Pn Nalini dan cikgu Pn Arbaiah *subjek sejarah*

Walaupun aku minat gila pada geografi tapi aku kecewa dengan sikap pengetua sekolah aku ketika itu. Entah apa rancangan dia sampai memaksa semua pelajar melayu tingkatan 5 mengugurkan mata pelajaran geografi dan gantikan dengan subjek matematik tambahan.

Mendidih je darah aku ketika tu. Ada ke dia suruh kitaorang ni ambik +mate. Aku dah lah paling benci mate, lepas tu suruh cover +mate form 4 sekali dengan form 5. Kepala hangguk dia. Dan sebab dia, aku gagal 3 subjek dalam SPM. Sepatutnya aku cuma gagal dua subjek je iaitu akaun dan mate moden. *aku memang lemau bab bab nombor sampai sekarang*

Kalau aku tak dipaksa ambik +mate, sudah pasti aku dapat A dalam geografi. Paling kurangpun B. Sampai sekarang aku kecewa dengan sikap pengetua tu. PMR dulupun aku satu satunya pelajar melayu dapat A untuk subjek Geografi. Tu yang buat aku dan cikgu aku terkilan dengan keputusan gila pengetua sekolah ketika itu. Apa nak buat, aku takde rezeki huhuhu.

3 comments:

enyheartsdiamond said...

eny belajar geo sampai form 3 ja :)

Afzainizam said...

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Salam Maal Hijrah" 1432H/2010-2010M.
MEMANTAP UKHUWAH, MEMPEKASA UMMAH.
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫

eeeemmmm sah ni kes tak pulang buku teks sekolah... ko mengingatkan aku lahhh geografi ni...

masa tu aku kena buat kajian tempatan buat peta terangkan muka bumi kepadatan penduduk pekerjaan bilangan orang yang tinggal kat situ....

kerja gilerrrr sekampung nak kena kira rumah

alan said...

eny: awk da pandai hehe

afzainizam: ini buku org dah buanglah. tu dah boleh wat keje banci hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...