Followers

Wednesday, December 08, 2010

Takde Mood

Semalam hari cuti Maal Hijrah aku pergi melaka kejap. Dah lama tak balik sana. Pergi inipun sebab ikut rombongan sebuah jabatan kerajaan. Bayau murah je.

Macam biasa Zoo bagaikan tempat wajib jika kita berjalan bersama rombongan. Maklumlah bawa budak budak. Aku dah selalu lepak zoo Melaka ni so takde benda yang best sangatpun.

Adalah jalan jalan sana sini sekejap tapi semuanya dah jadi tempat permainan aku dulu dulu. Scene dia dah jadi biasa sangat pada aku. Cuma time naik bot je aku rasa ok sikit. Itupun perjalanan dia alahai tak jauh sangat. Aku pelik napalah diorang tak buat sampai ke Sg Duyong hehehe.





Tadi time keje aku cabut sekejap. Pergi klinik. Sejak balik dari Jb minggu lepas kaki aku kena gatal gatal. Bukan gatal nak penyepak orang tapi gatal entah. Bukan kurap erkk. Pergi klinik, dapat ubat 3 jenis dengan satu suntikan. Bila bayau terkejut aku. RM 45 ringgit. Bapak ler mahalnya.

Kalau korang salu baca blog ni, korang boleh rasakan tiada soul dalam entry kali ini. Sorry aku takde mood nak blogging. Inipun cuma buat cukup syarat je. Kalau tak nanti blog ni takde cerita baru pulak.

2 comments:

enyheartsdiamond said...

nak pergi melaka 20 disember ney :)

Alan said...

emy: dtg ler..melaka best :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...