Followers

Sunday, December 05, 2010

Lost In Time



Pagi tadi aku pergi kesebuah kawasan yang agak jauh dari tempat aku. Pergi inipun bukan sebab saja saja tapi ada mision. Mision aku adalah mencari sebuah artifak lama. Nak masuk ke tempat inipun bukannya senang. Jauh dikawasan pendalaman.

Dan artifak inipun agak jauh dari jalan besar. Boleh kata kena meredah hutan jugalah. Bertarung dengan pacat, nyamuk dan melintas pula kubang babi. Kiranya memang jenuh jugalah nak ke sana. Nasib baik tak bertembung dengan rimau je.


Inilah artifak yang aku cari. Rupa rupanya kubur daa. Dah naik berhutan rupanya kubur ni. Rupanya atuk aku duduk kat sini. Kenapalah atuk aku ni duduk dalam hutan sorang sorang yek.





Inilah area sekeliling tempat atuk aku duduk. Dah jadi hutan belukar. Yelah nak buat camner. Kawasan kubur inipun sebenarnya dah tak pakai lagi. Kiranya kawasan sejarahlah. Sebab itulah dah jadi hutan banat tempat ini.

Asalnya kubur atuk aku ini tak bertanda langsung. Maklumlah orang dulu dulu mana pakai batu nesan. Sekadar letak batu sungai saja sebagai tanda. Namapun tak ada. Inipun sebab ada sedara yang masih tahu tempat atuk aku ni. Kalau tak memang dah hilang lah macam kerajaan Gangga Negara kat Perak sana tuh.



Misi aku adalah meletakkan batu nesan atuk aku. Kat sebelah kubur atuk ni kubur moyang aku kot. Akupun tak kenal dia, diapun tak kenal aku juga hahaha. Ok abaikan saja.

Meh aku story sikit pasal atuk n family aku. Aku sebenarnya keturunan anak Raja Bukit Si Guntang. Entahlah tapi itulah cerita orang tua tua dulu. Kiranya keturunan Iskandar Zulkarnain. Korang percaya ke? Tak percaya tak apalah hahaha.

Atuk aku ni meninggal tahun 1958. And of coz lah aku tak pernah jumpa dia kan. Menurut cerita bonda, dia meninggal ketika sedang mengangkat guni padi. Kata orang adalah benda ganggu sikit. Tapi kata bonda aku, atuk aku ni ada lelah sebenarnya. Tapi maklumlah orang dulu dulu. Time tu mana diorang kenal lagi sakit jantung ke hapa. Kalau sakit terus je chop hantu buat.

So lepas meninggal orang kebumilah atuk aku kat sini. Bonda aku kata last dia datangpun masa umur dia 11 or 12. Dan sekarang bonda aku dah berumur 60 lebih. Kiranya dah berpuluh tahun lah kubur ni terbiar. Sebab tu dah jadi hutan belantara sekarang. Kubur nenek aku pula..akupun tak tahu. Bonda aku pun dah tak ingat kat mana. Tapi bukanlah kawasan sini. Kawasan lain pula.

Tapi bonda aku ada cerita sedih disebalik kematian orang tuanya. Nenek aku meninggal dulu. Dalam tahun 1940 an gitu. Selepas itu atuk aku pula pergi. Bila dah jadi begitu, sedara mara bonda aku cakap yang bonda ngan adik beradik dia ni bawa sial. Sebab ibu bapa mati awal. Itulah pemikiran orang dulu dulu. Sikit sikit bawa sial. Apa punya sial lah pemikiran dulu dulu.

Sebab bonda aku kecil lagi, dia dibela oleh saudara lain di Bentong. Sebab itulah bonda aku tak menetap kat daerah ni. Oleh kerana bonda aku miskin yatim piatu, so takde siapa yang mengaku sedara. Sampailah sekarang ni barulah bonda aku cakap barulah ada yang terhegeh hegeh mencari nak mengaku sedara. Setelah berpuluh tahun mereka menghina keluarga aku, baru sekarang ni nak cari balik. What da hell!

Dan sekarangpun aku tak pernah kenal siapa sedara mara aku. Yang aku kenal cuma yang berdekatan saja. Itupun yang menetap area Bentong. Yang duduk kat Raub tu sekorpun aku tak kenal. Akupun tak kisah. Bonda aku cakap tak kenalpun tak mengapa. Dah diorang sombong. Tak rugi apanya kalau tak kenal mereka. Itupun entah hidup atau mati mereka dah tu semua.

Ok abaikan mereka semua. Takde makna cerita pasal mereka. Akupun rasa inilah last aku datang jumpa atuk aku. Tempat ni jauh sangat. Nak meredah hutan. Aku tak pahamlah kenapa orang dulu dulu suka buat kubur dalam hutan ish ish ish.


Antara kubur lama yang menarik hati

5 comments:

enyheartsdiamond said...

seronok juga sejarah pahang :)

alan said...

eny: yup

Afzainizam said...

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami DAtang Ziarah Blog Anda
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫

AL FATIHAH.....Moga Rohnya di tempatkan di kalangan orang yang soleh Amin......

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
2 Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
3 Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
4 Yang menguasai di Hari Pembalasan مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
5 Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
6 Tunjukilah kami jalan yang lurus, اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
7 (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

Ya Allah...Sesungguhnya hidup dan mati kami hanya untuk Mu.Dari Mu kami datang dan kepadaMu kami kembali. Wallahualam.

EEEEMMMMMM sekurang-kurangnya kita kena tahu susur galur keturunan keluaga sendiri....
mungkin suatu masa nanti cucu kau pula bertanya pada kau... seperti mana bonda kau ceritakan pada kau....

Amirrah Zawani said...

kalau ada sedara mcm tu..
tak mengaku sedara pun tak..
tak rugi pun.. semoga roh atuk dan nenek kamu ditempatkan dia kalangan org beriman!! :)

alan said...

afzainizam / amirrah : tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...