Followers

Friday, December 24, 2010

Bolehkah Miskin Tegar Dihapuskan?



KUALA LUMPUR: “Ibu kota kini bersih daripada golongan miskin tegar apabila semua program pembangunan dan pembasmian yang dilaksana sejak dulu sebelum diperhebatkan tahun ini mencapai kejayaan,” kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Menurutnya, beliau berpuas hati berikutan sasaran untuk capai sifar golongan miskin tegar terlaksana tahun ini dan tumpuan pada tahun depan akan terarah kepada dua lagi kelompok iaitu miskin dan mudah miskin, meskipun jumlahnya menurun 50 peratus berbanding tahun lalu.

“Dari segi miskin tegar, kami sudah mencapai sasaran apatah lagi bilangan kelompok yang tergolong di bawah paras kemiskinan tegar di Kuala Lumpur tidak begitu banyak, tapi masih ada golongan miskin dan mudah miskin untuk diberi perhatian.

Sumber: Harian Metro

Aku sememangnya sokong usaha kerajaan untuk menolong golongan yang kurang bernasib baik macam aku ni. Tetapi serasa rasanya, adakah matlamat miskin tegar sifar di ibu kota akan terlaksana?


Harus diingat, hampir majoriti golongan miskin tegar di ibu kota adalah orang luar. Maksudnya dari negeri negeri lain. Bukan anak jati KL. Dan golongan ini akan terus berhijrah ke ibu kota setiap tahun walaupun kerajaan cuba menghapuskan kemiskinan tegar disana. Bagi aku, cara terbaik adalah program ini dilaksanakan disetiap negeri.



Dengan cara ini golongan ini tidak akan berhijrah ke ibu kota. Adakan peluang peluang pekerjaan dan rumah murah disetiap negeri. Bantu mereka supaya mereka tidak perlu berhijrah untuk menaiktaraf kehidupan mereka.


Dengan begini, barulah kemiskinan tegar dapat dihapuskan. Jika tidak, usaha kerajaan tidak akan tercapai kerana bantu seorang, datang lagi dua. Bantu dua datang pula tiga. Dan selamanya tidak akan habis.


Selain itu, kena pastikan juga sama ada mereka yang miskin ini adalah rakyat kita ataupun tidak. Aku rasa mungkin separuhnya adalah daripada golongan pendatang asing terutama Indonesia. Jika ini berlaku, hantar mereka pulang dan jangan diberi taraf penduduk sementara ataupun tetap. Hantar mereka pulang dan bantulah hanya rakyat Malaysia sahaja.

2 comments:

Siti Safiyyah said...

sian gak tengok org miskin ni..hmm

alan said...

siti: yup

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...