Followers

Friday, December 24, 2010

Umah Aku Ada Salji..Umah Ko Ada?

Baru tadi on da way nak datang ofis ni, tetiba je jalan jadi sesak rabak. Pelik gak aku, sebelum balik semayang jumaat tadi xdepun sesak. Aku tilik2 dalam makrifat rupa rupanya esok krismas daa. Patut ler semua dok pakat balik kg ramai ramai.

Ye esok krismas. Tak payah nak tengok bulan bintang, tak payah belek kelendar jawa. Krismas memang sah jatuh pada 25 disember setiap tahun. Walaupun aku rasa kristian bukanlah agama yang besar tapi sambutan krismas dia macam aku duduk kat eropah nun.

Semua orang tahun krismas hanyalah sehari. Tapi sambutan dia macam krismas ni sebulan. Tak percaya korang pergilah Pavilion, KLCC or memaner shopping mall. Mesti korang rasa dah macam kat europe kan kan kan. Nasib baik je takde salji. Kalau tak lagi haru.

Tu satu hal. Sorry to say, most of the kristian kat Malaysia ni adalah kristian celup. Sebab apa aku cakap macam tu? Sebabnya diaorang ni krismaspun sambut, raya nenek moyangpun diaorang sambut. Macam cina ler kan. Konon konon ada nama omputih tapi tahun baru cinapun dia bedal juga. Dok lagu mana tu?

JAKARTA 23 Dis. - Majlis Ulama Indonesia (MUI) menyifatkan hiasan Krismas di gedung membeli-belah, pusat hiburan dan tempat awam di negara ini sebagai 'keterlaluan dan provokatif'.

Hiasan Krismas telah didirikan 'secara keterlaluan dan provokatif', kata seorang pengerusi MUI, Muhyidin Junaedi hari ini.

"Hiasan hendaklah dilakukan secara berpada-pada kerana umat Islam menjadi majoriti di negara ini, kalau tidak perasaan mereka akan tersinggung," kata Muhyidin kepada AFP.

Katanya, MUI mengeluarkan syor supaya pihak pengurusan gedung membeli-belah dan pusat rekreasi bertindak berpada-pada apabila menghiasi premis mereka.

"Kami menerima aduan daripada beberapa pekerja gedung membeli-belah yang dipaksa memakai kostum Santa Claus yang bercanggah dengan agama mereka. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku," katanya.

Umat Islam perlu dilarang daripada menyertai sambutan Krismas, ujar beliau.

Bagaimanapun MUI tidak merancang untuk menjadikan syor yang dikeluarkan kelmarin sebagai satu fatwa.Hampir 90 peratus daripada 234 juta penduduk Indonesia beragama Islam, kebanyakannya berfahaman sederhana. - AFP

Bak kata Nabil "lu pikirlah sendiri"

3 comments:

Anisa Hang Tuah said...

heh.lu pikirlah sendiri

hehe

alan said...

nisa: pk apa hehehe

Wanniey said...

betul2 sokong sangat!!!! semuanyer keterlaluan dari deko sampai la suasana shopping mall tu sendiri.... mak bapak yang muslim ni pon sanggup jer belikan topi santa tok anak2 diorg... siap amek gambo ngan santa lagi... tapi time x-mas ni la paling best bersoping!!!! huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...