Followers
Wednesday, December 29, 2010
Batu Tanda Pili Bomba
Pernah tak korang batu tanda seperti ini? Ini bukanlah batu nesan apatahlagi batu bersurat. Tetapi ianya adalah batu tanda untuk paip bomba. Tanda H itu bermakna host ataupun penyambung rasanya kot. Selalunya ianya terletak berhampiran rumah penduduk.
Batu tanda ini terletak dihadapan rumah aku. Disebelah batu tanda ini korang akan dapat melihat penutup lubang yang diperbuat daripada batu. Sekali pandang macam pintu masuk ke bawah tanah je kan. Pada penutup batu tu ada gelang besi. Gunakan gelang besi tu untuk angkat penutup batu.
Apabila penutup batu diangkat, korang boleh nampak paip besi didalamnya. Dihujung paip besi inilah pihak bomba akan sambungkan getah paipnya untuk mengambil air sekiranya berlaku kebakaran. Penutup batu tu berat juga. Kalau hempap kaki boleh patah kaki dibuat.
Paip bomba ini sebenarnya sudah tidak berfungsi lagi. Korang boleh tengok tanda pangkah batu batu tanda itu. Tanda itu bukanlah dibuat oleh penyamun Ali Baba tetapi dibuat oleh pihak bomba beberapa tahun dulu. Tanda itu bermakna paip ini tidak lagi digunakan. Akupun tak tahu kenapa.
Sekarang ini penggunaan paip seperti ini tidak lagi digunakan. Sebaliknya diganti dengan paip moden berwarna kuning berbentuk T yang boleh korang nampak ditepi tepi jalan. Dan sekarang ni aku tengok paip bomba dipasang lampu berkelip pada waktu malam. Ianya bertujuan memudahkan pihak bomba mencari paip air diwaktu kecemasan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
woohoo
(:
baru ku tahu
hehee
nisa: nilah bebudak sekarang..benda camnipun x penah tgk
siyes dah lama tak tengok batu tanda nie.hehe
cikbelog: ciannya :)
Post a Comment