Followers

Thursday, December 30, 2010

Perompak Celaka Dalam Sejarah Malaysia

KAMPAR: “Saya merayu mereka supaya tidak mengapa-apakan saya dan suami kerana kami orang tua serta miskin sebaik mendengar suami berteriak kesakitan dari bilik bersebelahan.

“Saya sedih dan bingung memikirkan kenapa mereka tergamak memperlakukan suami seperti haiwan dengan memukulnya hingga mati,” kata A Thanabakiam, 64, isteri kepada V Perumal, 67, yang maut dalam kejadian samun dan bunuh di Gopeng, dekat sini, awal pagi semalam. Kumpulan empat penyamun itu langsung tidak menghiraukan tangisan dan rayuan Thanabakiam, malah penjenayah bertindak ganas apabila memukul muka dan kepalanya dengan besi paip sebelum menekup mukanya menggunakan bantal hingga mati.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi di rumahnya di Jalan Mulia, Taman Gopeng Jaya, pasangan suami isteri warga emas itu dikatakan sedang tidur sebelum dikejutkan dengan kehadiran suspek yang dipercayai menceroboh masuk dengan mengumpil pintu belakang.

“Mereka mengugut mahu membunuh saya jika membuat bising dan selepas menyerahkan barangan kemas, penjenayah kemudian menggeledah bilik dan menemui wang tunai RM500 yang disimpan dalam bantal untuk rawatan pergigian saya,” katanya. Menurutnya, ketika itu, dia terdengar suaminya berteriak seperti kesakitan di bilik sebelah dan merayu supaya tidak mengapa-apakan mendiang sebelum dua lelaki terbabit mengikatnya.

Katanya, teriakan suaminya semakin kuat sebelum tiba-tiba senyap dan sebaik berjaya meleraikan ikatan di tangan dan kaki selepas beberapa minit mencuba, dia terus bergegas ke bilik suaminya.

Dia kemudian terkejut apabila melihat suaminya terbaring berlumuran darah dalam keadaan kaki dan tangan terikat sebelum merangkul badan mangsa dan berlari ke rumah anak perempuan tunggalnya yang tinggal di kawasan berdekatan meminta bantuan kerana ketika itu, mendiang dipercayai masih hidup. "Namun sejurus tiba, saya mendapati suami sudah tidak bernafas dan anak perempuan kemudian menghubungi polis manakala pegawai perubatan mengesahkan suami sudah meninggal dunia,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Kejam gila perompak ni. Kenapa nak bunuh orang tua. Apesal tunjuk berani dengan orang tua. Setakat masuk rumah orang tua, pukul orang tua sampai mati takde benda nak banggapun. Sebab dia orang tua. Mana boleh lawan.

Kalau betul betul berani aku cabar korang pergi serang balai polis. Tengok berani ke tak.Itu baru boleh dibanggakan. Berani serang polis kat balai. Baru orang boleh respek. Korang ni memang babi lah. Babi pun tak macam korang.

4 comments:

Anisa Hang Tuah said...

bodoh a perompak ni

alan said...

nisa: yup

hamzah ian said...

ini mmg buat gua em o.. grrrr

alan said...

hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...