Followers

Wednesday, December 29, 2010

Blog Emo Jadi Blog Ensiklopedia ?



Sejak kebelakangan ni, aku perasan yang isi kandungan blog ni agak lain. Pada asalnya blog ni hanya luahan hati atau pengalaman aku tapi lama kelamaan dah jadi macam ensiklopedia. Dah bermacam macam benda aku letak kat dalam ni.

Bukan hanya berkaitan diri aku tapi info info yang aku dapat kat internet pun aku share kat sini. Panduan memelihara kerbau, memelihara itik, asal keris, seni pertukangan kayu melayu, biografi tokoh, kesihatan dan macam macam lagi. Tu aku rasa blog ni dah jadi macam rojak. Macam macam ada.

Aku ada satu tabiat, kalau ada info yang aku rasa best, aku suka letak kat sini. Aku suka berkongsi sesuatu perkara dengan semua orang. Lagipun aku rasa, jika info itu hanya diletak didalam satu blog/website sahaja, ianya tidak akan kemana.

Bagaimana sekiranya blog/website itu ditutup? Sudah pasti info itu akan hilang bersamanya. Jika aku ambil dan kongsikan disini, sekurang kurangnya info itu tidak akan hilang walaupun blog/website itu telah ditutup.

Daripada Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahwasanya Nabi
s.a.w. bersaba:

"Sampaikanlah (kepada orang lain) daripadaku, sekalipun hanya satu ayat .
Berceritalah tentang kaum Bani Israil dan tidak ada halangan ke atasnya. Dan
sesiapa yang berdusta atas diriku dengan sengaja maka ia menempati tempat
duduknya dari neraka."
(Riwayat Bukhari)

Ini juga adalah satu sebab kenapa aku suka siarkan info kat blog ni. Sampaikanlah walaupun satu ayat. Dan aku tak kisah kalau ada orang yang copy paste blog ni. Nak letak kredit atau tidak, itu terpulanglah pada individu tu. Janji jangan kedekut ilmu.

Lagipun tok guru ilmu batin aku ada berpesan; "sharing is caring"

4 comments:

Fxysche Nas said...

thats gooooooood =D
Nak sharing is caring gamba kepala kambing tuh la..
hehehehehe =p

alan said...

ambik ler hehehe

Naisophon X said...

Dulu style ko komen artikel Harian Metro. Lening dah kurang.

Tapi kritis juga pemikiran ko ni, hebat.

alan said...

sophon: metro pun buat juga..kat situ sumber cerita aku..kalau x mana nak carik idea update blog.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...