Followers

Monday, December 13, 2010

Anak Pahang Part 3 - Taman Negara



Taman Negara mula diwartakan sebagai King George V National Park pada tahun 1938/1939. Ianya merangkumi negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan. Walaubagaimanapun Taman Negara yang terletak di Pahang adalah yang terluas iaitu 2,477 km persegi.



Taman Negara diwartakan sebagai hutan hujan tertua dunia. Ianya dikatakan berusia 130 juta tahun. Ianya didiami oleh pelbagai hidupan liar seperti harimau malaya ataupun dipanggil harimau belang, badak sumatra, seladang, tapir dan pelbagai haiwan lagi.



Taman Negara Pahang yang memiliki kekayaan mega diversiti menampung kira-kira 14,000 spesies tumbuhan, 200 spesies mamalia, 480 spesies burung dan 80 spesies kelawar. Taman Negara Pahang juga menjadi salah satu rizab daripada 24 rizab hidupan liar di seluruh Semenanjung Malaysia.

Di Taman Negara Pahang juga adalah santuari bagi ikan Kelah. Santuari ikan kelah yang terletak di Lubuk Tenor, Kuala Tahan dan Kuala Juram, Merapoh adalah sebahagian tempat menarik yang dilawati. Ia merupakan kawasan peliharaan ikan kelah dan dilindungi daripada aktiviti penangkapan ikan.

Pemuliharaan ikan kelah adalah supaya ia terus wujud di habitat asalnya. Ia menjadi kegilaan kaki pancing kerana kerakusannya merembat umpan pada mata pancing dan berharga tinggi di pasaran.

Di santuari itu, para peserta dibenarkan memberi ikan makan dengan tangan. Ikan-ikan berkenaan sangat jinak dengan manusia dan akan berkumpul apabila makanan ditaburkan di permukaan sungai.

Keadaan air sungai yang jernih memudahkan kelah dilihat walaupun ia dikategorikan sebagai spesies ikan yang sensitif. Namun, ikan kelah di santuari itu agak jinak dengan pengunjung. Pengunjung dapat memegang ikan kelah yang berenang dengan laju melawan arus untuk mendapatkan makanan yang ditaburkan.

Selain daripada haiwan, Taman Negara Pahang juga banyak menyimpan pokok yang bernilai tinggi. Spesies pokok yang ditemui di situ ialah meranti kepong, rambutan hutan, palas, keruing mempelas, penaga lilin, bintangor lekok, nyatoh sidang, tongkat ali, gaharu, bekak, minyak beruk, keruing gombang, mata ketam dan ara pencekik.

Datanglah Taman Negara Pahang. Segala galanya ada disini. Malaysia truly asia.

6 comments:

enyheartsdiamond said...

nak buat wedding reception kat sini boleh? :)

alan said...

eny: boleh :) sapenya wedding

Afzainizam said...

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Ziarah buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫

adoiiii sorry banyak tertinggal entry ko ni.... bussy sejak-sejak ni....

EEEEMMMMM “Taman Negara Pahang menjadi salah satu daripada 24 rizab hidupan liar di seluruh Semenanjung Malaysia,”

eee tertarik kat entry ko tu berkenaan... mmg bertepatan dengan lirik lagu joget Pahang... Negeri Pahang aman sentosa. Kaya dengan tumbuh-tumbuhan

alan said...

afzainizam: xpe bz sebab keja..bagus kerja rajin ni.

asrul amanda said...

Kenapa x mention orang asli Bateq?


Aku jumpa diiorang time pegi taman negara dulu.
haha. pakai cawat, nampak konek. :D


Muka orang asli ni macam Negro, tapi pendek je. Bateq ni tergolong spesies Negrito. Datang bumi Malaysia 50,000 tahun dahulu.

alan said...

asrul: lupe ler..aku dulu pergi taman negara x jumpe pun diaorang hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...