Followers

Monday, December 13, 2010

Salah Siapa

KOTA KINABALU 12 Dis. - Umat Islam khususnya ahli dan pemimpin Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) perlu memberi perhatian serius terhadap usaha pihak tertentu memesongkan akidah umat Islam melalui bantuan kemiskinan.

Yang Dipertua Usia, Tun Sakaran Dandai berkata, trend terbaru yang menyasarkan golongan miskin itu harus dibendung dengan melaksanakan pendekatan dakwah lebih agresif dan relevan.

"Sudah tiba masanya semua pihak melipatgandakan usaha kerana telah wujud satu trend bagi memesongkan akidah umat Islam yang dilakukan kononnya untuk bantu atasi kemiskinan.

"Trend ini mesti diberi perhatian serius khususnya di kawasan pantai timur Sabah," katanya berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan Perwakilan Usia Ke-24 di sini, hari ini.

Menurut Sakaran, pemimpin dan ahli Usia perlu lebih agresif dan bekerja lebih gigih mengawasi perkembangan tersebut.

Beliau memberitahu, gerakan dakwah Usia hendaklah digerakkan di semua peringkat termasuk semua bahagian di seluruh negeri.

"Jumpa dan bantulah umat Islam yang sedang bermasalah, ajaklah mereka untuk sama-sama menyampaikan risalah Islam.

"Walaupun kita tidak mampu mengekang keupayaan mereka menggunakan pelbagai kelebihan, kita mesti bersaing dan mematahkan dakyah yang cuba diperluaskan di tengah-tengah masyarakat Islam di negeri ini," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Aku tak pelik dengan berita ni. Sebabnya benda ni dah lama berlaku. Pada pendapat aku, tak boleh salahkan pihak pendakwah agama lain. Masalah utama adalah kelemahan pendakwah agama islam dan pengurusan jabatan agama islam itu sendiri.

Malaysia adalah sebuah negara islam. Tetapi bantuan untuk umat islam amat susah nak dapat. Tanyalah mana mana saudara baru. Baitulmal juga berkira untuk mengeluarkan wang zakat padahal wang zakaf itu adalah untuk mereka yang memerlukan.

Banyak kerenah birokrasi yang perlu mereka lalui untuk mendapatkan bantuan. Malah wang bantuan yang mereka dapat juga tidak banyak membantu meringankan beban mereka. Kebiasaan bantuan yang kita dengar adalah sebanyak RM300.00 ringgit sebulan. Adakah itu mencukupi untuk membantu mereka yang memerlukan? Sendiri fikirlah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...