Followers

Thursday, December 09, 2010

Anak Pahang Part 2 - Lagenda Tasik Chini



Aku nak sambung semula kisah mengenai negeri aku iaitu Pahang. Pahang ni mempunyai banyak tarikan. Salah satunya adalah tasik Chini. Walaupun tasik Chini kurang dipromosikan oleh pihak kerajaan tetapi ianya mempunyai lagenda tersendiri.

Menurut kisah orang tua tua, tasik Chini didiami oleh seekor naga bernama Naga Seri Gumum *nagapun ada nama huh*. Pada asalnya, tasik itu adalah sebuah kawasan hutan belantara. Suatu hari sekumpulan orang asli telah datang ke kawasan terbabit untuk dijadikan sebagai tempat bercucuk tanam *bertani lah*

Ketika mereka mula membersihkan kawasan terbabit dan mula bercucuk tanam, datanglah seorang wanita tua dan memberitahu tempat itu adalah kawasannya. Dan mereka perlu meminta izin darinya sebelum menerokanya.

Walaubagaimanapun wanita tua itu membenarkan mereka bercucuk tanam dikawasan berkenaan setelah tok batin mereka meminta maaf kerana menceroboh kawasan wanita tua berkenaan.

Wanita tua itu telah mencacakkan sebatang tongkat diatas tanah dan memberi peringatan supaya tidak mencabut tongkat berkenaan. Kumpulan orang asli berkenaan teruskan kerja mereka sehinggalah mereka diganggu oleh salakan anjing.



Mereka menyiasat dari mana datangnya salakan anjing berkenaan. Rupa rupanya salakan itu datangnya daripada sebatang kayu besar yang sudahpun buruk. Salah seorang daripada mereka telah membaling tugalnya *peralatan bertani* ke arah kayu berkenaan.

Tanpa disangka sangkan darah memancut keluar dari kayu berkenaan. Ketika itu juga awan hitam telah menyelubungi kawasan berkenaan lalu hujan ribut diiringi petir mmenyambar dikawasan berkenaan.

Orang aslipun lari bertempiaran. Didalam kekalutan itu, salah seorang dari mereka telah mencabut tongkat yang dipacakkan oleh wanita tua itu. Serta merta air memancut keluar dari lubang berkenaan. Bumi bergegar kuat lalu membenamkan seluruh kawsan berkenaan.

Sejak itulah tasik Chini telah terbentuk sehinggalah hari ini. Seperti mana dengan kawasan kawasan lain, tasik Chini juga tidak lari dari cerita cerita mistik. Antaranya orang hilang dikawasan berkenaan, tidak jumpa jalan pulang sekiranya mengambil sesuatu di kawasan terbabit, ataupun terjumpa benda benda pelik.

Tasik Chini sebenarnya merupakan sebuah tasik air tawar yang kedua terbesar di Malaysia dengan keluasan 12,565 ekar, ia mengandungi 12 tasik (disebut “laut” oleh masyarakat asli tempatan) yang bercantum di antara satu sama lain. Ia dianugerahkan dengan alam semulajadi yang kaya dengan biologi dimana terdapat 138 spesis flora, 300 spesis hidupan bukan akuatik dan 144 spesis ikan air tawar.

Dalam bulan Ogos-September setiap tahun ia menjadi sebuah taman terapung yang dipenuhi dengan pokok bunga teratai, dengan kelopak-kelopak putih dan jingga yang kembang menghiasi permukaan tasik. Memancing adalah satu kegiatan yang popular di sini waktu memancing yang paling baik ialah Nov-Jan dimana musim hujan menyebabkan paras air naik dan keluasan tasik bertambah.




Tapi sayang, menurut cerita cerita yang aku dengar, tasik Chini terabai dari penjagaan. Keadaannya dikhabarkan tidak terurus. Mungkin kerana kerajaan negeri Pahang ini terlepas pandang kepada kuasa pelancongan ataupun lebih memandang kepada kayu balak di Pahang. Humm Tok Nan nak jawap ke hehehe.

2 comments:

enyheartsdiamond said...

naga tasik chini! nak tau pasal naga tu :)

alan said...

eny :naga tu dah balik china hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...