Followers

Thursday, November 25, 2010

Perempuan Bodoh Tahap Gaban


JAKARTA 24 Nov. - Seorang wanita Malaysia yang lari ke negara ini kerana mengikut pemuda Lombok pada tahun lalu sehingga melahirkan seorang bayi lelaki, terpaksa dirujuk dua kali ke Hospital Sakit Jiwa di sini selepas tertekan akibat ditinggalkan kekasihnya itu.

Ekoran masalah tersebut dan permit yang tamat tempoh, wanita yang dikenali sebagai Harlizan dan berasal dari Kuala Terengganu itu telah membuat aduan di Balai Polis Suranadi sebelum dirujukkan ke Pejabat Imigresen Mataram dan kemudiannya ke Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Bagaimanapun Kedutaan Malaysia dilaporkan tidak membenarkan wanita itu membawa anaknya pulang ke Malaysia dan situasi tersebut membuatkannya tertekan sehingga terpaksa dirujuk ke Hospital Sakit Jiwa.

Harlizan datang ke Lombok Barat, Nusa Tenggara Barat mengikut kekasihnya dengan hanya berbekalkan pasport, visa dan sedikit wang.

Ketika di Lombok, dia hanya tinggal di kawasan pedalaman pulau berkenaan sejak setahun tiga bulan yang lalu atas permintaan kekasihnya.

Namun, bukan cinta yang diraih, sebaliknya dia ditinggalkan begitu sahaja oleh kekasihnya yang dikenali sebagai Asitah yang kembali semula ke Malaysia untuk bekerja.

Harlizan yang ditemui pemberita di Pusat Penjagaan Bude Rini di Selagalas Kota Mataram mengaku tidak mahu pulang ke Malaysia kerana malu kepada keluarganya.

"Saya tinggal di kampung yang jauh dari kota, kalau di Malaysia saya tidak pernah bertemu kayu api, di sini saya memasak pakai kayu api," katanya dilaporkan oleh laman berita Vivanews hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia

Padan muka kau. Mampus reput kau kat sana. Bodoh pergi ikut Indon buat apa. Itulah kecik kecik tak nak sekolah. Dah tua bebal nak mampus. Rasakan kau sekarang hahahaha.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...