Followers

Wednesday, November 24, 2010

Bangsa Melayu Bangsa Berdaulat

Maka titah Raja Suran kepada menterinya. “Himpunkan­lah segala bala Tentera kita sekalian, kampungkan segala gajah kuda, jangan diberi berpecah-pecah, kerana hendak kembali; dan tafahus segala yang sakit dan yang kekurangan makanan; tetapi alat Senjata perbaiki barang yang tiada baik, dan pang­gil segala hakim dan utus. Maka segala mereka itu pun datang­lah mengadap baginda dengan alat pegawainya; maka titah baginda pada segala hakim dan utus itu, “Hendaklah kamu sekalian perbuatkan aku suatu alamat, tanda kita masuk ke dalam laut ini. Adalah kehendak hatiku, biarlah perbuatan­nya kekal hingga hari kiamat; dan kamu suratkan segala hi­kayat kita masuk ke dalam laut, supaya diketahui dan di­dengar oleh segala anak cucu kita yang kemudian.”



Setelah segala hakim dan utus mendengar titah Raja Suran itu, maka diambil oleh mereka itu suatu batu, maka di surat nyalah dengan bahasa Hindustan. Setelah sudah maka disuruh oleh Raja Suran masukkan beberapa harta daripada emas dan perak dan permata dan ratna mutu manikam dan segala mata benda yang ajaib-ajaib. Maka titah Raja Suran, “Pada akhir zaman kelak ada seorang daripada anak cucuku juga, ialah beroleh harta ini, dan raja itulah yang menaklukkan segala negeri yang di bawah angin ini.”

Sumber: Payung Mahkota

Batu bersurat Singapura merujuk kepada satu batu bersurat yang dijumpai ketika Stamforf Raffles membuka Singapura. Jumpaan batu bersurat tersebut terdapat di dalam karya Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Batu bersurat tersebut berbentuk empat segi, selebar sedepa (1.7 meter) dan mempunyai tulisan dipahat. Batu bersurat tersebut dijumpai di hujung tanjung semasa pembukaan Singapura, dan kekal sehingga semasa Bonham menjadi gabenor bagi Singapura, Melaka dan P.Pinang. Ketika itu seorang jurutera Inggeris bernama Coleman telah memecahkan batu tersebut.


Beberapa usaha mengenalpasti jenis tulisan telah dilakukan semasa itu, tetapi ia masih tidak dapat dikenal pasti. Malah salinan tulisan tersebut telah di hantar ke London bagi mengenal pasti asal tulisan tersebut tetapi masih gagal. Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi sendiri menyatakan ia kelihatan seperti tulisan arab, tetapi akhirnya ia telah diputuskan oleh Raffles sebagai tulisan Hindi (Sanskrit) memandangkan usia batu bersurat tersebut yang begitu lama.

Sumber: Wikipedia

Orang British teramatlah jahat. Mereka sengaja menghancurkan apa sahaja tanda yang membuktikan bangsa kita adalah bangsa yang hebat. Mereka juga memadamkan sejarah bahawa Singapura adalah hak orang melayu.

Dan selepas ini mungkin orang melayuu juga akan kehilangan P.Pinang sekiranya orang melayu masih terleka dan berpecah sesama sendiri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...