Followers

Thursday, November 25, 2010

Anak Pahang


Dah lama aku nak buat cerita pasal negeri aku ni. Tapi takde masa dan info yang dapat aku cari. Inipun aku godek godek jugalah internet nak cari info. Sedikit sebanyak dapatlah juga walaupun tak tahu kesahihannya. Aku juga bergantung kepada cerita lisan orang tua tua untuk mendapat gambaran mengenai negeri Pahang ini.

Menurut riwayat pemerintahan negeri ini dijalankan dengan cara pemerintahan beraja dari semenjak zaman dahulu kala membawa ke masa sekarang. Keturunan raja Melaka itulah yang lama sekali berkuasa di Negeri Pahang Darul Makmur dan pemerintahan daripada waktu itu memakai gelaran Sultan dan keturunan ini memerintah lebih dari 200 tahun semenjak daripada raja bernama Sultan Mahmud Shah yang masyhur di dalam Sejarah Marhum Mangkat Di julang dalam tahun 1699.

Setelah kemangkatan Sultan Mahmud Shah, Pahang diperintah oleh keturunan bendahara sehinggalah bendahara Wan Ahmad menjadi Sultan Pahang. Sejak itulah Pahang diperintah semula oleh sultan sehingga ke hari ini. Manakala senarai sultan Pahang adalah seperti berikut :
  • Sultan Ahmad Al Muadzam Shah
  • 9 Mei Jun 1917 Sultan Mahmud
  • 19 Jun Jun 1932 Sultan Abdullah Al Mu'tassim Billah
  • 22 Jun 1932-7 Mei 1974 Sultan Sir Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Muadzam Shah
  • 7 Mei 1974-Sekarang Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah
Pahang juga mempunyai beberapa orang tokoh pahlawan seperti Datuk Bahaman, Mat Kilau, Orang Kaya Haji dan Pawang Nong.


Datuk bahaman


Mat Kilau


Pawang Nong

Ibu negeri Pahang yang pertama terletak di Kuala Lipis. Kuala Lipis dipilih kerana ianya merupakan penempatan manusia yang terawal di pahang. Ianya juga strategik kerana ianya tempat pertemuan 3 sungai iaitu sungai Pahang, sungai Jelai dan sungai Lipis. Selain itu, sungai sungai itu menjadi jalan penghubung didalam negeri Pahang dan negeri lain. Pada tahun 1955 barulah ibu negeri dipindahkan ke Kuantan.



Pahang terbahagi kepada beberapa daerah iaitu Bentong, Raub, Kuala Lipis, Rompin, Pekan, Maran, Jerantut, Cameron Highland, Bera temerloh dan Kuantan. Bendera Pahang berwarna putih dan hitam. Warna hitam itu merupakan warna kebesaran bendahara dan menunjukkan Pahang dahulu pernah diperintah oleh bendahara. Warna putih pula melambangkan raja. Warna putih juga melambangkan negeri Pahang merupakan sebuah negeri berdaulat dan pemerintahan beraja.

Lambang Negeri Pahang.

Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada emas termasuk penongkok dan taran. Tujuan dipilih logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam tahun 1862 emas merupakan hasil masyur yang utama di Negeri Pahang. Keduanya juga bermaksud tiada kebal yang boleh menahan senjata yang diperbuat dari emas.

Gading yang bersilang dibawah daun kopi itu melambangkan bahawa ketika itu gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi satu perdagangan yang besar. Kalimah " Ya La Tif " bermaksud yang lemah lembut. Simboliknya pemerintah tidak menggunakan kekerasan. "Ya La Tif" juga dijadikan azimat yang berguna.

Gunung yang terkenal di Pahang adalah gunung Tahan. Ianya adalah gunung yang tertinggi di semenanjung Malaysia. Tinggi gunung tahan adalah 7,182 kaki. Dahulu gunung Tahan mempunyai kisah mitos iaitu orang asli mendakwa ada monyet sebesar badak sumbu menjaga dua kendi mengandungi ibu emas dan ibu perak.

Bahasa atau loghat di negeri Pahang juga agak berbeza dan unik berbanding negeri lain. Dialek atau loghat di Pahang berubah ubah mengikut tempat atau daerah. Misalnya di Kuala Lipis, penduduknya menggunakan dialek lain. Manakala di Temerloh, jerantut lain pula bunyinya.

Ini antara loghat yang digunakan di Pahang :

Aok/ Awok/ = Awak

baber= degil

Congkeh = Cungkil

Homeh= Becok

Kome = Kami

Kek nya = Tetapi

Kode = kacau

Moh = Jom

Koi/ Kawan = Saya

Pedo'oh = Bohong

Toho = Cetek

Zaman Tori = Zaman dulu

Sampai disini saja dulu. Nanti aku akan buat lagi sambungan mengenai negeri aku ni. Kawan bangga jadi anak pahang wei.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...