Followers

Wednesday, October 06, 2010

Termenung Sejenak


“when you make others happy, it makes you happy”

Benarkan begitu? Mungkin ada yang menyangkal. Bagi mereka, kalau ada duit, barulah gembira. Ya aku juga setuju dengan pendapat sebegitu. Tetapi harus diingat, duit bukanlah segalanya. Duit juga tidak boleh membeli cinta. Ataupun lebih tepat jiwanya. Setakat cinta dibibir tetapi hatinya kosong, cinta itu tidak bermakna sama sekali.

Buddha pernah berkata : “Each morning we are born again. What we do today is what matters most.” *wahh pandai pulak Buddha speaking omputih yek*

Apapun betul juga katanya. Kalau kita renung renungkan, apa yang kita lakukan setiap hari sebenarnya amatlah bermakna. Walaupun pada kita, ianya sudah menjadi tabiat tetapi ianya amat bermakna. Mungkin tiada nilai pada orang lain, tetapi begitu berharga pada kita.

Sebagai contoh, kita gosok gigi setiap hari. Cuba kita tak gosok gigi, sudah pasti mulut kita akan berbau longkang kan kan kan. Sebab itu juga kita gosok gigi setiap pagi walaupun pagi semalam kita dah gosok. “Each morning we are born again". Ada faham!

Ini cuma entry yang aku sendiri tak faham

2 comments:

Anonymous said...

Aku rasa penyataan 'You happy when you able to make other happy' tu cuma valid untuk laki.

Lelaki jarang yang kedekut kalu bab belanja makan.

alan said...

mungkin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...