Dah lama aku tak buat cerita pasal kisah kisah lama. Oklah kali ini aku nak ceritakan tentang hantu tinggi. Ini cuma dari cerita orang tua tua sahaja. Tak tahulah sama ada benar atau tidak. Juga mungkin ada unsur unsur khurafat yang akan menyinggung sesetengah pihak.
Mengikut cerita orang tua tua, hantu tinggi asalnya dari pemburu yang sesat dihutan. Pemburu ni mempunyai isteri yang sarat mengandung. Suatu hari isterinya mengidam mahukan rusa putih. Jadi suaminya masuklah hutan mencari rusa putih.
Pemburunya masuk ke hutan bersama anjingnya. Didalam pencariannya mencari rusa putih, sudah banyak rusa dibunuhnya tetapi tiada seekorpun berwarna putih. Sehinggalah akhirnya dia dapat membunuh seekor rusa putih. Tetapi semasa dia mahu mengambil rusa berkenaan, dia dihalang oleh puaka hutan berupakan seorang wanita tua.
Wanita tua itu marah kerana pemburu itu membunuh banyak rusa didalam hutan berkenaan. Pemburu itu disumpah menjadi hantu tinggi dan anjingnya menjadi burung berek berek. Sejak dari itu, pemburu itu tidak lagi pulang kerumah.
Isterinya melahirkan seorang anak lelaki dan dinamakan Malim Karimon. Apabila dewasa, anaknya masuk kehutan untuk mencari ayahnya yang hilang dahulu. Setelah mencari dan menggunakan ilmu tertentu, akhirnya Malim Karimon dapatlah berjumpa dengan ayahnya. Tetapi sudah ditakdirkan bahawa ayahnya sudah tidak lagi boleh kembali kepada asal kerana sumpahan membunuh rusa putih.
Sejak itu, Malim Karimon menurunkan pantang larang untuk anak cucunya. iaitu syarat syarat sebelum ke hutan dan pelbagai petua lain supaya anak cucunya tidak diganggu oleh puaka.
Sudah menjadi kebiasaan orang orang tua dahulu kala, apabila ribut akan melanda, mereka akan membakar lada kering dipintu rumah. Ianya bertujuan untuk mengelakkan rumah mereka dilanda ribut berkenaan. Orang tua tua juga kata, kalau terdengar bunyi burung berek berek sewaktu ribut, itu menandakan hantu tinggi ada bersama didalam ribut.
Sebab itulah mereka membakar lada kering dipintu rumah. Apabila hantu tinggi itu tercium bau lada kering dibakar, maka hantu tinggi itu akan tahu bahawa rumah berkenaan adalah milik anak cucunya dan dia tak akan lalu dikawasan berkenaan.
Selain itu, mereka akan menanam sejenis pokok *aku tak ingat pokok apa* diperjuru halaman rumah untuk menandakan mereka adalah anak cucu Malim Karimun.
Mengikut cerita orang tua tua lagi, hantu tinggi ni amatlah tinggi. Kalau tak tinggi, takkanlah orang panggil dia hantu tinggi kan. Kalau berjumpa dengannya, kita tak akan dapat melihat wajahnya kerana ianya mendonggak ke langit. Kakinya berbulu lebat. Bulu kakinya tebal dan keras seperti ijuk enau. Ijuk tu sejenis serabut dari pokok enau.
Kalau nak bersahabat dengan hantu tinggi, korang ambillah sehelai bulu kakinya. Korang akan menjadi kuat dan kebal. Tapi kalau tak jaga pantang larang, sendiri mahu ingatlah.
Setelah pengaruh islam bertambah kuat didalam masyarakat, amalan sebegini terhapus sedikit demi sedikit. Masyarakat sudah tidak lagi mempercayai hantu dan kuasa kuasa ghaib. Cuma masih ada segelintir yang percaya kepada perkara perkara begini.
Dilain masa, aku akan ceritakan pasal hantu lain seperti bajang, toyol dan lain lain.
No comments:
Post a Comment