Sebentar tadi aku pergi ke sebuah kedai hardware untuk membeli batang kayu penyapu. Semasa berbual dengan tokey kedai, dia menceritakan aku satu kisah menarik mengenai Rest House atau rumah rehat di tempat aku.
Dia membacakan aku sebuah berita dari akhbar cina yang menyatakan Rest House Bentong didapati melakukan banyak penyelewengan peruntukan. Sebagai contoh, harga sebuah papan tanda tandas dikatakan berharga RM65 ringgit. Mahalnya. Tetapi tuntutan dibuat sebanyak RM800 lebih. Lagi tak masuk akal.
Sofa dibeli dengan harga RM900.00 manakala tuntutan dibuat sebanyak RM4 ribu lebih. Banyak juga barangan lain disenaraikan seperti lampu kristal, perhiasan dan lain lain dituntut dengan harga yang tak masuk akal.
Semua ini berdasarkan laporan audit negara yang baru dibuat tidak lama dahulu. Aku tak tahulah nak kata apa. Mungkin benar laporan akhbar berkenaan dan mungkin juga sekadar cerita. Tetapi biasalah Rest House ni dibawah pengurusan seseorang yang berjawatan tinggi didalam kerajaan. Sudah tentu ada kaitan dengan parti UMNO juga.
Sebenarnya cerita penyelewengan peruntukkan ini sudah lama dikatakan. Malah boleh dikatakan hampir semua jabatan ada membuat perkara salah ini. Biasalah cara untuk membuat duit poket. Semuanya dirancang bersama kontraktor yang terlibat.
SPRM sepatutnya menyiasat perkara ini apabila laporan audit dibentangkan di Parlimen. Jangan biarkan perkara ini berlanjutan. Perbuatan sebegini hanya merugikan duit rakyat sahaja. Tangkap semua pengkhianat dan hukum mereka dengan hukuman berat.
3 comments:
SPRM x boleh wat tidakan selagi orang dok buat report.
nak nak suruh ada tindakan kita kena report
sprm pun banyak masalah..banyak kes selalu terlepas sebab tak cukup bukti.
pembetulan bukan rest house yg seleweng duit but the one yang in charged tok wat bende2 tu.. yang kitorang taw barg lme da bertukar baru and our bos know nothing about this..
Post a Comment