Hari ini tak tahu mengapa aku rasa semacam. Hati terasa tak tenang. Teringatkan seseorang tapi tak pasti siapa. Semakin tua seseorang, semakin kuat kenangan dahulu akan menerpa ke ruang fikiran.
Dikau Datang Kedalam Hidupku
Dalam Waktu Yang Tanpa Rencana
Kusangka Bila Berkenal Denganmu
Akan Terhibur hati Ini
Hati Mana Yang Tidak Mengingini
Direstui Kasih Penuh Syahdu
Sayangnya Hati ini Belum Bebas
Dari Ikatan Kenanganku
Bila Engkau Disampingku
Kembalilah Warna Warna Ungu
Tanpa Sedu Tanpa Airmata
Menangis Sendiri Dalam Kesepian
Suasana Sekeliling Kita
Sesuatu Dengan Pasangannya
Mengusik Lagi Peristiwa Lalu
Terguris Pula Hati Ini
The good old day..Sesuatu yang tak mungkin akan dapat kita kembalikan. Pernah ada seorang tua pernah cakap kepadaku "kalau mahu memulakan hidup baru, kau harus melepaskan semua kenangan lampau". Lebih kuranglah dia cakap begitu.
Tapi mampukah aku melepaskan semua kenangan lepas. Kerana aku hidup bersama semua kenangan itu. Disaat terakhir sebelum aku meninggalkan "dia" untuk selamanya, dia membisikkan ditelingaku "jangan lupakan segala kenangan manis disaat kita bersama"
Dan aku berjanji aku tak akan pernah melupakannya. Kalau tak berjanji sekalipun, aku tetap tak akan melepaskan kenangan itu. Kerana dia satu satunya wanita yang aku cintai sepenuh hati dan satu satunya wanita yang benar benar mengerti diri aku.
Dia akan sentiasa hidup didalam bayanganku untuk sepanjang hidupku. Menemaniku setiap detik dan kenangan bersamanya menjadi pendorong untukku teruskan hidup ini.
Mampukah aku lepaskan semuanya..Rasanya tidak untuk sepanjang hayatku ini...
6 comments:
kalau mahu memulakan hidup baru, kau harus melepaskan semua kenangan lampau
Aku suka statement ni. tapi aku x stuju semua..
ko masih berkasih dengan awek dulu ke?
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
Maaf lerrrr.... kerana kami agak lama tak ziarah blog kamu ....
beb.... nampak bro punya blog ade berbunga kasih lahhhh....
ahhhh haaaa ko ni mungkin di lamun cintan kut....
dalam hati masih menaruh harapan... eeeemmmmm
aku pinjam ayat 'kalau mahu memulakan hidup baru.. lepaskan semua kenangan lampau itu ya'?? heheheh sgt berharga..
masih teringat hal2 lampau kan. =(
asrul: betul kita tak kan sangup lepaskan semua kenangan kan..awek dulu hurmm entahlah..
afzainizam: blog aku asalnya memang berbunga hehehe
eyda: ambil sajalah..blog ini berasaskan sharing is caring..
miss loly: kita semua tak akan mampu melepaskan diri dari kenangan silam.
Post a Comment