KUANTAN: Mungkin akibat gila talak, seorang pembantu perubatan sebuah hospital di sini, bertindak ganas apabila membuat kecoh pada majlis akad nikah bekas isterinya dengan membelasah seorang anggota tentera yang bakal menikahi wanita berkenaan di Medan Warisan di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, mangsa berusia 30-an dan bertugas di Kem Batu 10, Jalan Gambang di sini, dikatakan sudah berjabat tangan dengan kadi untuk dinikahkan di rumah pengantin perempuan sebelum bekas suami bakal isterinya tiba-tiba masuk ke dalam rumah dan menyerangnya menggunakan topi keledar.
Kejadian itu menyebabkan mangsa patah kaki kanan selain cedera di kepala, muka dan badan akibat dipukul bertubi-tubi oleh suspek yang berusia 37 tahun. Suspek dipercayai tidak puas hati dengan tindakan bekas isterinya berkahwin lain sedangkan mereka baru setahun bercerai.
Difahamkan, majlis akad nikah itu tetap dilangsungkan selepas suspek ditahan. Biarpun kakinya patah dan mengalami kecederaan lain, mangsa masih mampu menggagahkan diri menyempurnakan pernikahannya.
Harian Metro
Gila punya kes. Hati kering suspek ni. Sanggup serang time akad nikah. Yang aku pelik apa orang lain buat kat sana. Takkan biarkan saja orang gila tu mengamuk? Yang pengiring pihak lelakipun kecut telur juga ke?
Sepatutnya pengiring lelaki disana perlu melindungi bakal pengantin. Macam yang aku buat time member aku kawin dulu. Maklumlah masuk kampung orang, kena berhati hati juga. Memang keluarga perempuan dah ok tapi kita tak tahu hati ada orang lain. Mungkin ada dendam lama. Nasib baik tak ada apa apa yang berlaku. Semuanya berjalan lancar je.
Nasihat aku buat bakal pengantin lelaki, lain kali bawalah ramai member. Upah bodyguard kalau mampu. Maklumlah sekarang orang gila bersepah. Malah ada yang sanggup sembelih anak sendiri.
7 comments:
Mesti ada sesuatu yang si isteri sembunyikan tu.. tak kan si bekas suami suka2 je gi serang
xderlah..diaorang dah cerai setahun lebih..bekas laki dia yang gila talak..ko nanti jgn jadi macam tu..wat malu kaum je..
aku lebih suka gini. Gila talak. Leni pun sama agaknya..
bukan apa. Kau dah bkorban banyak untuk dia, tiba tiba dia lain, sia sia je pengorbanan kau. u yang aku hendak tuntut.. hoho
Bagi aku, sifat gila talak tu sifat lelaki MACHO..
Sebaliknya adalah sifa lelaki GENTLEMAN.
Mana lagi kamu suka, macho ke gentleman?
anon: aku langsung x heran mana mana sifat tu.
gila kentang T_T
gila arh. gila talak betul tu. sape soh gi ceraikan bini tu. huhu
Post a Comment