Followers

Friday, October 01, 2010

Ladang Berhantu?

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Ladang Gadong di Kuala Langat, Selangor yang menyimpan kisah tragis melibatkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain, kini mula menerima gangguan suara misteri.

Beberapa anggota polis yang bertugas mengawal lokasi pembunuhan kejam itu mendakwa mendengar 'suara-suara' meminta tolong hampir setiap malam.

Ekoran itu, polis dikatakan terpaksa menambah bilangan anggota yang berkawal daripada dua kepada lima hingga enam orang mengikut syif setiap hari.

"Pada mulanya, hanya dua anggota bertugas namun bilangannya terpaksa ditambah kerana ada yang mengalami gangguan-gangguan ketika bertugas.

"Mereka diganggu 'suara-suara' itu yang sayup-sayup kedengaran meminta tolong," kata sumber sambil memberitahu salah seorang suspek kes itu juga mengakui 'didatangi' lembaga.

Menurutnya, 'suara-suara' itu biasanya muncul dari dalam ladang kelapa sawit terbabit di waktu tengah malam semasa anggota-anggota sedang berehat di pondok kecil yang dibina mereka tidak jauh dari tali air.

Katanya, anggota-anggota terbabit juga tidak dapat memastikan dari arah mana 'suara-suara' itu kerana keadaan ladang yang amat gelap selain ia hanya sayup-sayup kedengaran.

Katanya lagi, bagi langkah berjaga-jaga anggota tidak melakukan rondaan seorang diri sebaliknya dijalankan secara berkawan pada setiap jam.

Sementara itu, menurutnya, sebatang tali air di ladang tersebut dipercayai telah dijadikan oleh suspek-suspek sebagai tempat pembuangan tulang-tulang mangsa di dalam kes berkenaan.

Katanya, bagi mengumpul bahan-bahan bukti itu, sebuah jengkaut digunakan untuk membuat dua tambak di bahagian kiri dan kanan tali air tersebut.

"Sebuah jentera Bomba dan Penyelamat pula ditugaskan untuk menyedut air di dalam tali air itu. Setelah kering, barulah forensik menjalankan kerja-kerja mengumpul bukti seperti tulang.

"Ia bagaimanapun terpaksa mengambil masa kerana tulang-tulang yang bercampur dengan selut itu terpaksa dibersih satu persatu," ujarnya.

Utusan Malaysia

Fuyoo sudah jadi misteri nusantara ni. Tapi biasalah tempat tempat mati berdarah selalunya akan jadi seperti ni. Bukannya disebabkan oleh roh tetapi syaitan yang sengaja nak menakutkan dan menyesatkan manusia.

Lepas ni buat yang suka benda benda paranormal boleh lah pergi ke ladang berkenaan try test tengok heheheeee.

Bagaimana harus aku
Menahan rasa rinduku
Bila kau tiada di sisi

Tak dapat ku membayangkan
Rasa rindu dalam jiwa
Kita sama sama rasa

Ku menyayangi mu
Hingga akhir hayat nanti
Pasti kan bersama aaa...

Ku mengharapkan mu
Untuk meneruskan
Perjalanan cinta ini ooo...

Aku cinta aku rindu
Walau berjauhan
Ku tahu hatimu

Aku cinta aku rindu
Tuhan berkatilah
Cinta ku padanya ooo...


6 comments:

sophon said...

Utusan melayu ke tulis gitu? huhu..besa kalau berita bodo bodo gini aku jumpa dalam metro jee.

alan said...

ni bukan berita bodo ler..maknanya ade ler benda ni..ko x caya ko try lah pergi.

asrul amanda said...

Tak berapa percaya la.

Mungkin sebab aku belum tersermpak sendiri. Akan datang belum tau

alan said...

takpe ada rezeki nanti, masa ko akan tiba hahaha

enyheartsdiamond said...

huhu.. takut.. nasib baik baru pukul 10.. dapat bayangkan apa yang polis2 tu alami.. tidaaakkkkk :|

Anna Boleyn said...

huhu seram seyh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...