Followers

Saturday, August 28, 2010

Raya ooo Jang

Suasana raya semakin terasa. Tapi semakin meningkat usia seseorang, semakin hilang seri raya. Kecuali bagi perempuan, bagi mereka inilah masanya nak melaram dengan baju, beg, sofa dan barang kemas baru.



Bagi lelaki macam aku, baju raya 3 tahun lepas masih dipakai. Tak payah beli sofa, set tv ataupun pingan mangkuk untuk raya. Buat apa nak membeli semata mata menyambut raya. Membazir je semua tu. Lagi bagus langsirpun tak payah ganti baru. Just basuh hantar dobi cukup. Kemas kemas rumah sikit sudah. Bukannya PM nak datangpun.

Tetapi itulah wanita. Bagi mereka kalau tak benda benda macam tu, raya macam tak sah. Mulalah tarik muncung panjang sekilo. Lepas tu merungut sepanjang tahun. Tu belum campur kes balik kg mana bagi yang dah berkeluarga. Memang kecoh kalau seorang timur, seorang utara atau selatan. Boleh berperang yob!

Anyway jangan bergaduh dimusim raya. Tak baik woo. Kang tak pasal pasal suami balik kg cawangan baru, baru kau terduduk hahahaha. Buat anak perantauan, aku rasa dah ramai yang siap dengan tiket balik kg. Kalau tak boleh balik, memang menanggis ler jawapnya. Aku pernah rasa pengalaman berebut balik kg. Bukan jauhpun. Cuma ke KL je dari Melaka ahaks.

Okey jom kita layan lagu dari Hujan + Raihan. Memang best siot.

2 comments:

Anne Boleyn said...

selamat hari raya yerrr.. ehee~ :p

wish awal2. tak beli baju raya baru ke?

alan said...

selamat hari raya :)

beli tshirt je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...