Followers

Thursday, August 26, 2010

Ngidam Nasi Bungkus

Dalam dok merayau merayau dalam internet, tiba tiba aku teringat nasi bungkus. Tak tahu kenapa. Tapi secara jujur aku cakap, aku memang rindukan nasi bungkus. Gila apa boleh rindu sama nasi bungkus hahaha.

Nasi bungkus yang aku rindu cuma nasi biasa. Memang banyak dijual terumata dibazar bazar Ramadan sekarang. Tetapi yang aku nak adalah dibungkus didalam daun pisang atau kertas. Kalau setakat letak dalam bekas polystyrene nak buat apa. Takde feel.

Teringat lagi time muda muda dulu, masa duduk di KL. Merantau ditempat orang haruslah berjimat. Kalau tak memang parah hidup. Nasi bungkus memang selalu jadi pilihan. Selalunya hanya dibeli di gerai gerai tepi jalan dan bawah pokok.



Walaupun kita tengok gerainya selekeh tetapi nasi dan lauknya sedap. And of coz lah murah kan. Masa aku duduk Taman Cahaya Ampang, setiap minggu ada pasar malam. Dan aku selalu beli nasi bungkus di pasar malam tu dari pasangan pakcik makcik. Lauknya sedap dan murah. Kalau aku beli, selalu dapat nasi banyak.

Last aku makanpun masa duduk di Melaka. Tapi kat tempat aku sekarang masalahnya tak ada orang jual bungkus guna kertas. Semuanya dalam bekas polystyrene. Mana nak cari ni huhuhuhu....

7 comments:

Anonymous said...

Betul tu. Sekarang banyak tokey kedai bungkus pakai polistrin, nak makan feel dia lain. Tak sama dengan bungkus dalam kertas tu.

Lauk nasi bungkus saya suka, ayam goreng dengan tauge kunyit. Dengan kuah tauge kunyit warna kuning, makan time perut lapar memang sedap. padahal lauk dia sederhana je.

Masa saya kat asrama sekolah menengah dulu, saya merindu makan dalam pinggan kaca. Apa tidaknya tiap kali makan, mesti dalam pinggan plastik. Perasaan dia tak sama, saya pun tak faham macam mana tapi memang tak sama lah. ahh.

Afzainizam said...

.•'´(_¸.•'´*♥♥*`'•.¸_)`'•.
----==--Kami Mengucapkan---==----
Selamat Hari Kemerdekaan ke 53
'•.¸(¯`'•.¸*♥♥*¸.•'´¯)¸.•'
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com

yupppp baru tadi tengah hari aku ngidam nasi bungkus.... tapi aku puasa.... tak mau lah ponteng posa gara-gara nasi sebungkus ni....

yup kalau kat Johor ni kira nasi ambang lah kiranya tuuu....

alan said...

asrul: zaman dah berubah huhuhu

afzainizam: ooww kalau beli kedai mamak pun panggil nasi ambang gak ke?

*makan nasi bungkus bawah pokok sedap gak*

afzainizam said...

.•'´(_¸.•'´*♥♥*`'•.¸_)`'•.
----==--Kami Mengucapkan---==----
Selamat Hari Kemerdekaan ke 53
'•.¸(¯`'•.¸*♥♥*¸.•'´¯)¸.•'
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com

wehhhh tu bukan nasi mamak lah ... eeemmm nasi kandar lahhh... mamak aku oder nasi bungkus ye .... mau tapau buat buka nanti...

Alan said...

hahaha ingat panggil nasi ambang jugak :)

Anna Boleyn said...

adeyh~ tetibe den pon da terikut mengidam sekali camne ni???!

alan said...

entoh ler kuikuikui

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...