Followers

Tuesday, August 17, 2010

Dah Kata Dah

Minggu lepas aku ada ceritakan pasal sorang budak perempuan yang suka suka je ikut orang afrika. Dan sekarang sudah sah dia ditahan di Afrika Selatan sebab membawa dadah (klik sini).

Sudahlah. Aku dah malas nak cakap banyak. Budak sekarang semuanya bodoh tahap cipan. Mana ada orang baik hati sampai nak bawak pergi melancong luar negara begitu senang. Lantak korang ler. Pandai buat pandai ler tanggung.


Dalam sebuah rencana di utusan hari ini, ada satu yang dihantar oleh seorang ibu. Kononnya tindakan menjatuhkan hukuman mati keatas pesalah membuang mati adalah tidak adil. Meh aku paste mukadimah dia:
"Saya seorang ibu bekerja yang hanya mempunyai seorang anak perempuan. Tidak dapat saya bayangkan apabila suatu hari saya didatangi seorang anggota polis memaklumkan anak perempuan saya ditahan kerana disyaki membuang bayi hingga menyebabkan kematian. Mampukah saya menerima hakikat satu-satunya anak gadis saya bakal berdepan dengan hukuman mati mandatori itu?
Hahaha bodohnya kau ni. Kau tak pandai jaga anak, tanggung ler sendiri. Dah anak kau buat salah, kau nak marah orang lain pulak. Pandai buat pandai ler tanggung.

Dan mahkamah bukannya bodoh nak hukum mereka sewenang wenangnya. Mahkamah akan pastikan dahulu pesalah adalah mangsa rogol atau tidak. kalau mangsa rogol, sudah tentu tidak dihukum terus.

Mereka yang patut dibunuh ini adalah mereka yang sengaja membuat salah. Lagipun memang patut mereka ini dibunuh. Darah dibayar dengan darah. Dan diakhirnya dia kata, "mencegah lebih baik dari mengubati". Memang betul tu.

Tapi membunuh mereka yang bersalah juga adalah dikategorikan sebagai mencegah. Dengan membunuh mereka yang bersalah, ia akan menjadi amaran kepada yang lain supaya tidak membuat kesalahan.


Mereka yang bersalah wajar dihukum sula

Well dalam dunia ni kena ada seseorang sacrifice untuk kebaikan seluruh umat manusia. Dan kita korbankan mereka yang bersalah untuk menjadi peringatan kepada yang lain.

Itupun dikira mencegah lebih baik dari mengubati.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...