Followers

Tuesday, August 17, 2010

1Malaysia Menjana Transformasi - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan


Kita bakal menyambut kemerdekaan kurang dua minggu lagi. Dan kita sudah menyambut merdeka kali ke 53. Tetapi adakah kita sedar bahawa kemerdekaan yang kita kecapi sekarang adalah begitu mahal harganya. Ianya dibayar dengan nyawa dan pengorbanan orang terdahulu. Semata mata kerana kasihkan anak cucu dan tanahair.

Maka mereka sanggup melakukan segala galanya kerana mereka percaya, bahawa hanya dengan kemerdekaan sahaja. Kita anak cucunya mampu hidup aman, makmur dan bahagia.

Diharap kita semua dapat menjaga kemerdekaan ini sehingga akhir zaman. Kerana sekiranya kita hilang kemerdekaan, bererti kita hilang segalanya. Dan kita telah mensia siakan usaha datuk nenek kita terdahulu.


Kitalah pewaris kemerdekaan dan kita wajib mempertahankannya

AlFatihah buat mereka yang gugur memperjuangkan dan mempertahankan kemerdekaan ini....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...