Followers

Sunday, June 13, 2010

Akhirnya Noh Berbunyi

MOHAMMAD Noh Salleh atau Noh mengakui bahawa hatinya sangat sakit dengan pendedahan seorang siswa yang mengaitkan sikap biadap dengan isu “Awak busuk” di sebuah majlis baru-baru ini. Getus hatinya, mengapalah wanita berkenaan tidak tampil bersemuka secara empat mata kepadanya. Memuntahkan rasa tidak puas hati yang selama ini terbuku di hati terhadap tindakan vokalis kumpulan Hujan itu.



Dia menganggap siswa sebuah kolej universiti tempatan itu mencari publisiti murahan dengan menjaja isu tidak “seberapa besar” itu kepada media. Natijahnya, ia menjadi satu letupan gunung berapi yang menyemburkan larva apabila menjadi perbualan hangat dalam industri hiburan.

“Mungkin dia tidak boleh menerima lawak kasar saya itu tetapi kenapa menghebahkan kepada media. Biar semua orang tahu, saya yang sebenarnya busuk dan dia wangi? Sudahlah, saya malas nak layan isu ini,” kata Noh dalam satu temubual dengan Pancaindera baru-baru ini.

Sumber : Utusan Malaysia

Setelah lama dipendamkan, akhirnya Noh, vokalis band Hujan akhirnya bersuara. Benda ni adalah dalam 3 minggu atau sebulan lepas. Minah yang terasa inipun jadi femes sampai keluar Melodi.

Anyway dalam benda camni, aku rasa cuma ada salah faham saja. Yelah Noh cuma bergurau tapi si minah ni pulak terlebih emo. Rileks ler. Benda macam inipun nak kecoh kecoh. Lagipun Noh cuma sain kat kertas saja. Bukannya dia pergi hebohkan pada semua orang.

Mungkin betul kata Noh. Perempuan ini cuma nak cari publisiti murahan. Yelah sampai suruh minta maaf secara terbuka. Lebih baik Noh tak layan je perempuan sebegini. Buang masa je.

Psitt..Nasib baik ler perempuan ni marah kat Noh. Kalau dia marah kat aku, comfom aku cakap kat dia...F**K you! hahaha...

5 comments:

touyakaruma said...

aku ingat ko letak muka ko tadi ... rupanya gambar Noh .. lebih kurang jer.

alan said...

wat pe lak aku nak letak gambau aku haha

enyheartsdiamond said...

seelok eloknya, jaga lah hati org.. tak semua org boleh terima gurauan kasar..unte

Afzainizam said...

WELCOME.WORLDCUP  
╔══╦══╗╔╦══╗  
╚═╗║╔╗║║║╔╗║    
╔═╝║║║║║║║║║ 
║╔═╣║║║║║║║║    
║╚═╣╚╝║║║╚╝║    
╚══╩══╝╚╩══╝
SAY.NO.JUDI.BOLA
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

alahai kalau hati dia ni kecil mudah tersentuh plak... sensetif sangat...

susahlah kalau nak ajak bergurau... kalau aku malas nak layan....

memang betul tak semua boleh terima guarauan tapi tak semua yang boleh terima hakikat sebenarnya orang lain nampak kesilapan yang kita sendiri tak sedar...

alan said...

eny: betul betul betul..tapi kalau jaga hati orang, hati sendiri sapa nak jaga..

afzainizam: aku x paham hehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...