Followers

Sunday, October 25, 2009

Iklan Racun Perosak

http://www.emocutez.com

Sejak kebelakangan ni, aku tengok banyak iklan produk pencuci. Dan selalunya mereka mengatakan produk mereka mampu membersih sehingga 99% bakteria.

Sebenarnya iklan sebegini hanya bertujuan menakutkan pengguna kepada bakteria yang kadang kadang langsung tidak memberi kesan buruk kepada diri kita. Sebaliknya mereka menggunakan perasaan takut kita untuk mendapatkan untung.

Iklan yang dibuat seolah olah menunjukkan manusia akan mati sekiranya mereka tidak menggunakan produk mereka. Seolah olah bakteria yang ada disekeliling kita terlalu merbahaya. Sebenarnya kita tidak mampu menghindari bakteria sepanjang hidup kita.

Malah setiap nafas yang kita sedut, mengandungi bakteria dan adakah syarikat pencuci ini mampu membersihkan udara? Sudah semestinya tidak. Oleh itu, sebagai pengguna kita harus bijak memilih bukan produk yang sesuai sebaliknya adakah kita benar benar memerlukan produk itu?

Dan sebenarnya kita langsung tidak memerlukan beberapa jenis produk pembersih dipasaran kerana tiada apa yang perlu dibimbangkan. Kesihatan kita bukan bergantung kepada ancaman dari luar badan sebaliknya dari dalam badan kita sendiri.

Tak guna kalau kita menggunakan produk pembersih kuman setiap hari kalau kita tidak menjaga permakanan kita sehingga mendapat pelbagai penyakit. Dan adakah penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi berpunca dari kuman?

Sudah tentunya tidak. Semuanya bermula dari dalam badan kita sendiri. Kalau badan kita sihat, maka kita langsung tidak perlu risaukan bakteria yang kononnya dikatakan merbahaya oleh syarikat pengeluar produk pencuci.

http://www.emocutez.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...