Followers

Wednesday, October 21, 2009

Kanak Kanak Generasi Kini

http://www.emocutez.com

Petang semalam semasa aku menyapu halamn rumah, aku lihat gelagat kanak kanak di kawasan rumah aku. Telatah mereka mencuit hati, mengimbau kembali memori aku bersama teman sepermainan dahulu.


Ada ketika kami bergaduh sehingga menjadi dua puak, dan beberapa hari kemudian baik semula. Masuk semak, panjat pokok dan terjun longkang adalah perkara biasa bagi kami dahulu. Tapi aku lihat budak sekarang, aku tak tahulah apa yang dimainkan mereka pada waktu petang.


Kalau dulu, waktu petanglah waktu yang ditunggu. Sebab dapat keluar bermain bersama kawan kawan. Kami akan bermain kejar kejar atau polis sentri, main layang layang, main gasing dan guli. Tapi yang paling aku suka ialah main sorok sorok dan main baling selipar.


Main bola chop dan roundas seronok juga tapi cukup tak suka kalau bola (kami guna bola tennis) masuk kedalam longkang. Terpaksalah kami masuk kedalam longkang nak mengambilnya. (longkang besar). Bola yang jatuh longkang kami tak basuh tapi terus baling pada kawan. Nasiblah sapa yang badan bercop dengan air longkang hahaha.

Permainan silih berganti. Ada saja idea nak main apa. Tapi semuanya seakan berkubur dikalangan kanak kanak generasi baru. Mungkin kerana mereka tidak ada sesiapa yang dapat tunjukkan permianan sedemikian untuk mereka.


Aku dan teman teman dahulu adalah generasi akhir kanak kanak dikawasan aku. Lepas kami masuk sekolah menengah, kanak kanak kecil tak ada sehingga beberapa tahun lamanya. Tapi sekarang ianya ada kembali.

Mungkin sebab itu mereka tak tahu permainan yang kami mainkan.

Minggu lepas aku lepak kat shoping complex macam biasa. aku nampak sekumpulan kanak kanak yang aku kira didalam umur 10 hingga 12 tahun. Tergelak aku lihat tapi sedih pun ada. Kanak kanak yang masih mentah tapi sibuk bergaya.

Ada yang fesyen hip hop, punk dan macam macam lagi. Ada sibuk nak bercouple dan ada yang berkaraoke. Huh kanak kanak generasi sekarang semakin sesat aku tengok. Mereka semua sibuk nak jadi dewasa sedangkan jadi dewasa ni bukan seronokpun.



Sayang kalau mereka tak hargai zaman kanak kanak mereka. Bagi aku, zaman kanak kanaklah paling seronok sebab kita tak perlu memikir apa apa masalah langsung. Tak perlu fikirkan tentang duit, topup telefon, bermacam bil dan lain lain. Dan paling best, tak payah pikir langsung pasal kerja. Hari hari dok main jee.

Kata orang, generasi baru ni berubah kerana zaman berubah. Bagi aku, zaman tak berubah apapun. Masih tetap macam tu. Cuma ibu bapa yang tak pandai menjaga anak mereka saja yang kata zaman ini berubah.
http://www.emocutez.com

2 comments:

iEn said...

aku dulu suka main gasing.. jom main gasing weh haha

siti ajar bt yaakob said...

dulu akak main baling selipar dengan kawan2 sampai tak sedar dah maghrib, balik rumah kena rotan...maklum semua kawan2 tu lelaki. Semua tu kenangan pahit yang indah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...