Followers

Saturday, May 10, 2008

Kebangkitan semula sesudah mati

“TUHAN akan himpunkan semua manusia pada hari kiamat di atas satu bumi yang putih kemerah-merahan seperti sebiji roti gandum putih yang baru dibakar, bumi yang suci bersih, tidak ada padanya gunung-ganang atau bukit-bukau dan tidak pula ada padanya tanda atau kesan yang menunjukkan bumi itu pernah diduduki atau dimiliki orang.”

Begitulah gambaran bumi seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim, pada hari kebangkitan semula umat manusia, permulaan kehidupan abadi.

Manusia dan segala hidupan, termasuk rasul, malaikat, jin, syaitan dan haiwan yang dimatikan dalam tiupan pertama sangkakala, dibangkitkan oleh malaikat Israfil melalui tiupan sangkakala kedua.

Israfil adalah makhluk terakhir dimatikan dan pertama dihidupkan semula oleh Allah di atas tugasannya meniup sangkakala yang mematikan semua makhluk dan menghidupkan semula semuanya.

Manusia dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan sebagaimana amalnya ketika hidup di dunia. Mereka yang beramal soleh akan bangun dari kubur dalam keadaan sempurna, manakala orang yang derhaka kepada Allah akan bangkit dalam keadaan menyedihkan.

Ada beberapa hadis nabi mengenai cara orang yang derhaka kepada Allah dibangkitkan dari kubur.Satu daripadanya bermaksud: “Sesiapa yang mati dalam keadaan mabuk, dia akan menemui malaikat maut dalam keadaan mabuk, ketika menemui Munkar dan Nakir juga dalam keadaan mabuk, dibangkitkan pada Hari Kiamat juga dalam keadaan mabuk.

“Lantas dia diseret ke lubang yang digali di tengah neraka jahanam dalam keadaan mabuk. Dalam jurang itu ada mata air yang mengalirkan air bercampur darah. Tiada makanan dan minuman, kecuali dari mata air darah semata-mata.”

Allah berfirman dalam ayat 47, surah al-Kahf; ayat 49-50, surah Waq’iah dan ayat 6, surah al-Tafiif yang antara maksudnya menyatakan:

“Bahawa selepas sekalian yang mati dihidupkan semula serta dibangkitkan dari kubur masing-masing, Tuhan himpunkan segenap lapisan manusia — tidak ketinggalan antara mereka seorang pun — di Padang Mahsyar untuk menghadiri perbicaraan dan hukuman Tuhan Rabbul Alamin."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...