Followers

Saturday, April 05, 2008

Kelantangan Datuk Ahmad Shabery

Dr Mahathir sudah lama hancurkan parti: Ahmad Shabery
Tak cukup dengan rancangannya menjemput penulis blog, kini Ahmad Shabery berani mengkritik bekas Pedana Menteri Tun Dr Mahathir.

Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata di sebalik kritikan lantang Dr Mahathir, beliau sebenarnya ialah individu yang menghancurkan Umno kerana memperkenalkan pelbagai peraturan tidak demokratik, termasuk menghalang Presiden dan Timbalan Presiden dicabar.

Ketika kepemimpinan Dr Mahathir, Umno mati, musnah, dibatalkan pendaftarannya dan terus mati lagi dalam bentuk yang lain... kita tidak mahu Umno yang menjadi parti keramat orang Melayu ini sekali lagi mati hanya kerana Dr Mahathir.

"Umno pernah diharamkan pada zaman beliau dan kita tak mahu perkara ini berlaku lagi. Semua perkara ini saya percaya orang Melayu tak lupa, tetapi mungkin Dr Mahathir sendiri lupa mengenai apa yang pernah dilakukannya ketika memimpin Umno.

Petikan Berita Harian

Aku respek dengan Ahmad Shabery nie. Dia berani meluahkan apa yang orang lain tak berani buat. Kalau orang lain, mereka hanya menjadi pak turut saja. Hanya mengiyakan apa saja kehendak pemimpin. Mereka takut dengan bayang bayang sendiri. Takut kehilangan pangkat dan harta.

Orang macam inilah yang diperlukan oleh UMNO sekarang. UMNO sekarang sudah sakit. Sakit dengan kerenah pemimpin dan penyokong penyokong gila harta. Golongan muda perlu lebih bertenaga dan berani mengatakan keberanian.

Aku bukanlah seorang anti Mahathir. Malah aku cukup menghormati beliau. Tapi setiap manusia tidak akan terlepas dari melakukan kesalahan. Sekiranya seseorang melakukan kesalahan, dia seharusnyalah ditegur dan kesalahan itu diperbaiki.

Aku juga penyokong UMNO. Tapi aku bukanlah penyokong mana mana pemimpin. Aku menyokong kerana parti dan juga perjuangan parti. Bukan kerana pemimpinnya. Cukuplah aku menghormati pemimpin tersebut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...