Followers

Sunday, April 06, 2008

Antara Kawan Dan Sahabat

Malam ni ada konsert Jom Heboh di dataran MITC Melaka. Tapi aku tak pergi sebab aku takde transport sendiri so pendam jelah dalam hati. Nak buat camne. Kalau kat kg dah lama aku lepak sana.

Malam ni juga macam biasa aku tingal berseorangan di rumah. Budak lain pergi enjoy. Selalu tinggal seorang dirumah membuatkan aku semakin mengenali dunia. Siapa kawan dan juga sahabat. Kawan hanya bersama kita mungkin ketika susah atau senang tapi biasanya mereka hanya bersama kita seketika manakala seorang sahabat akan sentiasa bersama baik ketika susah mahupun senang, sanggup menolong dan tak berkira didalam pelbagai hal.

Aku boleh dikatakan agak lama duduk dimelaka tapi aku sebenarnya jarang keluar, berjalan selain dari bandar melaka. Family aku selalu bertanya, kenapa tak ikut kawan rumah keluar sedangkan dorang selalu keluar.

Jawapan aku senang saja, kita tak berharta so tak ada orang akan pandang kita. Aku sedar siapa aku ni. Tak ada motor mahupun kereta. Jadi tak akan nak menumpang orang selalu. Orangpun tak akan nak bawak kita selalu. Aku dapat tumpang pergi kolej dah cukup bersyukur. Bagi aku, kalau orang tak pelawa, takkan kita nak menebalkan muka nak mengikut.

Aku hanya ada seorang sahabat di kg. Dialah sahabat aku dunia dan akhirat. Aku mengenali dia sejak dari tadika. Sejak form 5, dia selalu menghantar aku ke bandar dan ke kedai (time tu dia dah ade lesen moto, aku je tak penah ambik lesen moto).

Dia tak pernah menolak untuk membawa aku kemana saja semasa aku tak ada lesen dulu. Dan sampai sekarang, kami masih bersama pergi kemana-mana. Cuma sekarang waktunya agak terhad sebab dia dah berkerja dan berkahwin.

Inilah dunia yang aku kenal. Perbezaan diantara sahabat dan kawan. Walaupun ada yang mengatakan makna sahabat dan kawan adalah sama tapi bagi aku sahabat itu lebih baik dari kawan kerana sahabat akan sentiasa membantu dan bersama kita sama ada senang @ susah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...