Followers

Friday, April 04, 2008

Penulis blog diberi peluang luah pendapat di RTM1

Penulis blog bakal diberi peluang meluahkan pendapat dan isi hati mereka secara langsung menerusi rancangan televisyen baru yang akan diterbitkan RTM1 mulai pertengahan bulan ini.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata rancangan diterbitkan setiap Ahad bermula 20 April, akan menampilkan bual bicara selama 20 minit dengan penulis blog.

Beliau berkata, rancangan berbentuk perbincangan secara serius berkenaan diberi tajuk ‘Blog’ dan akan disiarkan dari jam 8.40 hingga 9 malam.

Beliau berkata, program itu adalah sebagai pengiktirafan kepada sumbangan idea dan pendapat penulis blog mengenai isu semasa yang dapat membantu pembangunan negara.

“Ia juga membuktikan sikap keterbukaan kerajaan yang sedia untuk mendengar sebarang cadangan dan pendapat penulis blog untuk dikongsi bersama rakyat secara keseluruhannya,” katanya.

sumber harian metro

Hurmm siapalah yang akan dijemput mereka yek..Adakah penulis blog itu seorang pro kerajaan, pro pembangkang atau seorang neutral? Ataupun akan muncul seorang ahli politik yang secara tiba tiba mendakwa mempunyai blog..Bermacam kemungkinan yang boleh berlaku..

Kalau boleh akupun nak muncul di tv. Glamor satu kampung kalau tetiba aku muncul membincangkan isu politik dikaca tv hahaha.

Jika ditanya siapa yang menjadi pilihan aku untuk muncul ditv, adalah beberapa orang blogger yang pada hemat aku boleh diketengahkan atau dipopularkan.

Dimalaysia sahaja dianggarkan sebanyak 500, 000 blog yang tumbuh bagaikan cendawan tetapi yang betul betul aktif atau serius aku tak pasti pula. Aku harap orang dijemput hendaklah seorang yang benar benar boleh berhujah dan tidak berat sebelah. Seorang yang jujur meluahkan pendapat.

Sama samalah kita saksikan nanti.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...