Followers

Sunday, March 09, 2008

Keputusan Diluar Jangkaan !!!!!!

Keputusan PRU 12 semalam sememangnya mengejutkan aku. Sememangnya aku tidak mengharapkan BN dapat merebut kelantan dari PAS tetapi negeri lain seperti P.Pinang, Kedah, Selangor malah Perak juga terlepas ke pihak pembangkang.

Syabas aku ucapkan kepada pihak pembangkang. Sememangnya pilihan rakyat adalah perlulah dihormati. Dan juga kepada kerajaan BN, keadaan ini sepatutnya menjadi pengajaran. Segala masalah hendaklah diperbetulkan. Baiki semua mutu perkhidmatan dan tunaikanlah hak rakyat. Selain itu, segala pandangan, suara dan permintaan rakyat hendaklah diperhalusi dan sekiranya ianya membawa kebaikan, hendaklah ditunaikan.

Dan kepada pihak pembangkang, tunaikanlah janji anda semasa berkempen. Rakyat sudah memberikan kepercayaan kepada anda jadi tunaikanlah hak mereka.

Semoga selepas PRU ini, keadaan akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...