Followers

Monday, March 10, 2008

Pahang Berjaya Pertahan BN

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, antara janji tersebut ialah menghapuskan beberapa kutipan cukai, menurunkan harga minyak, barang dan kadar caj tempat letak kereta.

''Elok juga beri peluang pembangkang menang dalam pilihan raya kali ini supaya mereka boleh membuktikan janji-janji mereka.

''Keputusan pilihan raya kali ini mempunyai hikmah. Allah sahaja yang tahu kenapa BN gagal mencapai keputusan majoriti dua pertiga untuk membentuk sebuah kerajaan yang kuat,'' katanya.

Beliau mengulas pencapaian BN yang hanya mencatat kemenangan mudah pada Pilihan Raya Umum Ke-12 di sini hari ini.

Adnan berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai apabila menewaskan pencabarnya daripada Pas, Hamdan Ahmad dengan majoriti 2,970 undi, manakala

PARLIMEN BENTONG BERJAYA DIPERTAHANKAN

Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Bentong dengan majoriti 12,549 undi. (syabas datuk Liow Tiong Lai)

Selain Pelangai, semua kerusi DUN dalam Parlimen Bentong iaitu Bilut, Ketari dan Sabai berjaya dipertahankan BN.

Kata Adnan, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan membuat kajian bagi mencari rumusan punca kekalahan BN termasuk di kerusi yang dijangka boleh dimenangi dengan mudah tetapi berlaku sebaliknya.

Tambahnya, kajian itu perlu ditumpu terhadap kekalahan calon-calon BN di kawasan majoriti pengundi Melayu sedangkan dalam pilihan raya sebelum ini mereka memperoleh kemenangan mudah.

''Kita perlu membuat kajian yang mendalam supaya UMNO dan BN sentiasa relevan setiap masa dan kita perlu mendapat keputusan yang tepat dan terperinci kenapa kita banyak kehilangan kerusi kali ini. Pastinya ada sebab tertentu kenapa pengundi Cina mengundi Pas kali ini.

''Apa pun keputusannya, BN tidak boleh berputus asa dan kehidupan perlu diteruskan. Semua wakil rakyat yang terpilih perlu meneruskan tanggungjawab mereka membela rakyat,'' ujarnya.

Menurut Adnan, semua wakil rakyat terutama daripada parti komponen BN perlu menerima secara terbuka keputusan pilihan raya kali ini apabila pengundi memberikan lebih banyak kerusi kepada pembangkang.


SOKONGAN BUAT PAK LAH
Buat Pak Lah, kami akan setia menyokong Pak Lah, BN dan UMNO. Kami akan sentiasa bersama PakLah, pada masa susah ataupun senang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...