Followers

Tuesday, November 20, 2007

Kes Pukau "Bonda"

Menyucikan dosa dan membuang sial boleh dilakukan dengan hanya menyerahkan sejumlah wang serta barang berharga kepada seorang wanita bergelar ‘Bonda’ yang mendakwa orang perantaraan yang berkawan baik dengan wali Allah.

Dengan dakwaannya itu, wanita berusia 50-an terbabit dikatakan giat menipu ahli perniagaan, termasuk golongan kenamaan (VIP) untuk mengumpul harta dan wang.Dia turut mendakwa suaminya jeneral tentera Indonesia, anak seorang hartawan yang juga sepupu Sultan Brunei selain sering berulang alik dari sini ke Makkah.

Lagak alimnya yang dikatakan gemar menderma ratusan ribu ringgit dan sering membaca doa serta zikir adalah lakonan semata-mata untuk mengaburi mangsa.

seorang mangsa yang hanya dikenali sebagai Shah, 65, mendedahkan dia sekeluarga dipukau dan sesat akidah selepas ‘terkena’ perbuatan Bonda hingga kerugian hampir setengah juta ringgit.

Menurut ahli perniagaan itu, dia berkenalan dengan Bonda pada pertengahan tahun lalu untuk mencari pelabur untuk mengembangkan lagi perniagaannya.“Pertemuan pertama diatur di bilik mewah sebuah hotel lima bintang tempat Bonda menginap.

Ketika itu, saya ke sana bersama isteri dan tiga anak,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.“Saya dan keluarga ‘terpukau’ apabila Bonda membaca ayat suci al-Quran lalu mencelup sebentuk cincin ke dalam gelas sebelum tiba-tiba terpancar tiga warna.“Kerana yakin, saya menyerahkan profil syarikat kepadanya dan Bonda bersetuju membantu perniagaan saya dengan bantuan awal RM1 juta sebelum Bonda menemui saya sekali lagi empat bulan kemudian,” katanya.

Dia kerap berjumpa Bonda selepas itu dan wanita terbabit mengaku dia ‘orang suci’ dengan menggunakan ayat suci al-Quran untuk menasihati dirinya dan keluarga.“Bonda beritahu, saya dan keluarga banyak melakukan dosa besar dan tidak layak menerima wang pelaburan daripadanya selagi kami tidak menyucikan dosa terlebih dulu.

“Bermula saat itu, Bonda meminta kami memberikan wang ratusan ribu ringgit secara berperingkat sebagai syarat menyucikan dosa dan kami menurutinya tanpa banyak soal. Shah berkata, selepas hampir dua tahun diperbodohkan Bonda, dia menyedari ditipu lalu membuat laporan polis, baru-baru ini.

Petikan Dari Harian Metro

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...