Followers

Monday, November 19, 2007

Dunia Melayu Dunia Islam

Hari ni sepatutnya aku kena pergi ke JB tapi aku dah malas nak ikut buat keje luar. Minggu lepas aku handle konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam yang ke 8 di Hotel Holiday Inn. 3 hari funcion kat sana. Ramai perwakilan dari luar negara seperti Singapura, Filipina, Indonesia, Thailand, Sri langka ngan Afrika. Rupanya ramai gak bangsa melayu kat dunia ni Ada lebih kurang 360 juta orang melayu kat dunia nie. Ada yang sampai Afrika orang melayu ni duduk. Jauh sungguh hehehe..

Macam macam yang agenda dibincangkan. Dari politik, agama, adat dan budaya. Paling ramai perwakilan datang dari indonesia. Ada yang datang dari Jambi, Palembang, Riau, Sumatera dan banyak lagi. Part paling best bila Pak Lah ngan Dato Ali Rustam datang. Dorang orang kuat dalam Dunia Melayu Dunia Islam ni. Aku suka tengok Pak Lah bercakap. Rileks je dia cakap. Ucapanpun dia bagi spontan je. Takde nak baca notepun.

Nanti ada masa aku akan upload gambar gambar sempena Dunia Melayu Dunia Islam kat sini..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...