Followers

Tuesday, November 20, 2007

Bermacam kes pukau

Dewasa nie bermacam kes tentang pukau dan ajaran sesat diketengahkan. Bermacam cara pukau digunakan seperti asap rokok, air jampi, batu permata dan berbagai lagi.

Kalau tentang pukau maybe ada diantara kita yang tak boleh nak tangkis tapi kalau bab ajaran sesat mesti kita yang waras ni boleh berfikir. Sedangkan aku yang boleh dikatakan jahil nie tentang agama ni pun tahu solat, puasa, zakat dan haji itu adalah wajib tapi masih ada umat manusia yang percaya bahawa solat dan dll itu boleh dikurangkan atau digugurkan.

Akupun tak fahamlah kenapa still ada manusia yang lebih jahil dari masyarakat arab jahiliyah. Jikalau dulu masyarakat arab dikatakan jahil kerana tidak mempunyai ilmu pengetahuan dan tidak mengenal islam, tapi kita yang dilahirkan pada zaman sains dan teknologi dan mempunyai datuk nenek yang beragama islampun menjadi lebih jahil dan bodoh dari manusia zaman arab jahiliyah.

Itu yang membuatkan aku heran bin ajaib bin pelik.

Lagipun orang melayu nie walaupun setinggi mana pangkat dia, dia masih boleh percayakan sesuatu yang membawa sial. Mentaliti orang melayu ni memang susah nak diubah. Penyapu masih dianggap membawa sial. Kes ni malaslah aku nak panjangkan sebab benda ni bukannya isu panaspun.Cuma ianya menguriskan perasaan sesetengah orang. Cuma itulah contoh terbaik yang boleh diberikan.

Percaya penyapu bawa sial hanya kerana ianya digunakan untuk menyapu sampah. Tak pula orang cakap yang vacum cleaner tu sial tapi bila dapat hadiah vacum cleaner suka lak. Padahal tugasnya sama saja. Menyedut sampah dan habuk.

Sama samalah kita renungkan...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...