Followers

Sunday, June 03, 2007

AK 47 VS Keadilan


Aku suka senjata AK 47. Bagi aku senjata ini cantik berbanding dengan M16. AK 47 ini direka oleh Mikhail Kalashnikov pada tahun 1948. Ia menjadi senjata rasmi Rusia seperti mana M16 menjadi senjata rasmi Amerika.

Ak 47 seolah-olah menjadi senjata yang melambangkan kejahatan kerana ia sering digunakan oleh pihak komunis dan juga pengganas. Manakala keadilan pula menggunakan M16. Perkara ini terjadi kerana kebanyakan filem perang adalah dari Holywood.

Pada aku AK 47 ni tahan lasak. Ia mempunyai pemegang kayu dibahagian hadapan. Ia boleh menembak dalam mode berlainan iaitu semi auto dan juga automatik. Peluru didalam magazin adalah sebanyak 30 butir peluru. Jarak efektifnya adalah 1.500 meter dan ianya tidak melebihi 300 meter.

Tentera Amerika juga mengakui kehebatan senjata ini semasa perang Vietnam. Ini kerana semasa tentera Vietchong berperang didalam hutan, senjata ini tidak mudah jem berbanding M16 yang lebih sensitif kepada persekitaran.


1 comment:

Anonymous said...

hallo, saya setuju dengan kehebatan yg dimiliki ak-47 dibandingkan dengan M-16. malahan dengan kehebatan itu ak-47 menjadi sahabat para mujahidin(atau anda sebut teroris?)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...