Followers

Tuesday, August 08, 2006

HAMAS : GERAKAN SEMANGAT JIHAD

PENGENALAN

Hamas merupakan gerakan jihad Islam Palestin. Ia lahir di Bandar Gaza Palestin. Kemudian ia berkembang ke seluruh bumi Palestin yang dijajah. Sebagaimana dalam piagam Hamas yang dikeluarkan pada 1 Muharram 1409/18 Ogos 1988, menyatakan bahawa ia adalah salah sebuah sayap Ikhwan Muslimin di Palestin.

PENUBUHAN DAN TOKOH-TOKOH HAMAS

Dalam kenyataan pertama Hamas yang dikeluarkan pada 14 Disember 1987 menyatakan bahawa ia merupakan cabang Ikhwan Muslimin di Palestin. Ia memberi ancaman awal bahawa Yahudi akan berhadapan dengan tentangan lebih hebat setiap kali mereka melakukan keganasan. Ia menegaskan hanya Islam jalan penyelesaian praktikal bagi isu Palestin. Hamas menolak pendirian mempersia-siakan tenaga dan masa melalui usaha damai dan berbagai persidangan ‘kosong’ antarabangsa.Antara usaha dan kejayaan besar Hamas ialah meledakkan Intifadah dan penentangan batu pada 8 Disember 1987. Hamas telah mempersembahkan ratusan pejuangnya syahid dan dipenjara. Sumbangan ini masih terus berlarutan. Hamas menegaskan bahawa ia sama sekali tidak akan menghentikan perjuangan ini sehingga Palestin dibebaskan daripada kekotoran Yahudi.

KAMI TIDAK AKAN KORBANKAN PRINSIP

Mesej kami kepada kaum Muslimin dan Negara-negara Arab pula: Anda semua bertanggungjawab untuk membantu saudara mara anda di Palestin. Mereka telah berjuang dan berkorban mewakili anda sekalian (di dalam mempertahankan bumi Palestin: penterjemah). Rakyat Palestin tidak sepatutnya menagih apa-apa bantuan kewangan dari mana-mana Negara lain dengan menggadaikan maruah dan hak mereka. Kami mengharapkan agar andalah yang sepatutnya tampil untuk membantu kami dan menggantikan setiap bantuan yang telah ditarik daripada kami oleh Negara-negara bukan Islam.

Mesej kami kepada rakyat Palestin pula: Rakyat Palestin bukanlah hanya mereka yang tinggal di Gaza dan Tebing Barat semata-mata. Rakyat Palestin juga adalah mereka yang kini hidup merempat di kem-kem pelarian di Syria, Lubnan, Jordan dan ratusan ribuan lagi yang bertaburan di seluruh dunia dan tidak mampu untuk pulang ke tanah air yang telah dijajah oleh Zionis.

Kami berjanji kepada kamu sekalian, tiada apa yang akan menghalang kami dari meneruskan perjuangan kemerdekaan ini sehingga ia berjaya. Kami juga akan bersatu dengan semua kumpulan dan fraksi di kalangan rakyat Palestin demi memastikan kesatuan di antara rakyat Palestin akan terus utuh. Selepas memenangi parlimen Palestin, matlamat seterusnya adalah pembaik pulih PLO yang mana ia merupakan wakil rasmi rakyat Palestin kepada dunia, tanpa sebarang pengecualian dan diskriminasi.

Mesej kami kepada rejim Zionis Israel pula: Kami tidak memerangi kamu hanya kerana perbezaan akidah kita ataupun kerana kamu dari bangsa tertentu. Kaum Yahudi telah hidup aman damai bersama umat Islam selama lebih 13 abad. Kaum Yahudi juga merupakan Ahli Kitab di dalam akidah umat Islam. Ahli Kitab juga diberikan keistimewaannya dan dilindungi oleh Allah SWT dan Rasulullah s.a.w di dalam akidah umat Islam.

Kami tidak akan mengiktiraf mana-mana kuasa dan entiti yang merompak Negara kami dan juga menafikan hak kami ke atas bumi Palestin. Kami tidak akan mengiktiraf negara Zionis di atas tanah air kami sebagai ganti rugi kepada dosa yang telah dilakukan oleh bangsa lain. Namun, jika kamu bersedia untuk menerima tawaran gencatan senjata jangka masa panjang (Long-term truce), kami bersedia untuk berunding dengan kamu. HAMAS hanya bersedia untuk berunding dan berdamai dengan mereka yang serius untuk berdamai berdasarkan prinsip keadilan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...