Followers

Saturday, January 28, 2006

Al-Fatihah untuk Safiqah Mohd. Borhan

Hari nie aku baru sampai ke rumah. Aku cuti sampai hari rabu nanti. Sepanjang perjalanan aku dari melaka sampai rumah, jalan sesak giler. Nasib baik ler aku tak kandas lama sangat kat highway tadi. Kalau tak, mau masak aku dalam kereta.

Baru tadi aku menonton Buletin TV3 jam 8, ada satu kes rogol dilaporkan berlaku di Bandar Baru Uda, Johor. Dalam kes nie, seorang pelajar tingkatan 3 dirogol dan dibunuh semasa menunggu bas untuk ke sekolah. Allahyarham dilaporkan hilang sejak hari rabu lepas dijumpai di dalam longkang oleh seorang pelajar sekolah.

Bila aku tengok berita nie, aku rasa benci betul kat perogol tuh. Dah takde keja lain ker nak wat sampai sangup buat benda terkutuk nie. Kalau dah sangap sangatpun, cariler mana2 "ayam". Nie budak sekolah juga yang jadi mangsa. Apa diorang nie takde kepala hotak ker. Kalau aku tahu sapa yang buat benda nie, aku belasah cukup2 sampai lumpuh.

Walaupun aku belum kawin, tapi aku tetap bimbang sebab aku takut perkara nie mungkin akan berlaku pada family aku terutamanya anak perempuan aku. Aku juga bimbang kalau2 awek dan juga x-awek aku kena macam nie. Kalau diorang kena, memang aku bersumpah akan mencari orang tuh.

Sama-samalah kita berdoa agar roh allahyarham Safiqah Mohd. Borhan dicucuri rahmat..Al fatihah.....

2 comments:

Chika Chika said...

dah terlalu byk kes ni sampai dah lali. Buat kata Ustaz Akhil dalam ceramah dia... sampai satu tahap nanti, bila ibu2 yg suka melepak lepas beli ikan waktu pagai..... mereka baca surat kabar pasal kes rogol, mereka boleh ketawa-ketawa lagi.. "nak tau, anak orang seblah kena rogol..." "oh ye ke??? ....Ooo kena rogol.."

ishk, subhanallah!!.... Kalau btol2 nak banteras, ada je jalannya. Sbb Allah kan ada undang2Nya sendiri. Tinggal manusia nak ikut dgn tidak je. Wallahualam... (emo nih)

Anonymous said...

citer nih sedih giler...
sebab arwah classmate org~!!!!
x sangka gak ade org yang simpati n prihatin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...