Followers

Monday, February 28, 2005

INGINKAN pengalaman majlis perkahwinan menarik di puncak awan? Menara keempat tertinggi di dunia, Menara Kuala Lumpur yang setinggi 421 meter di tengah ibu kota mungkin pilihan terbaik untuk mencatatkan detik manis itu.
Melalui, “Pakej Warna Warni Perkahwinan Masyarakat Malaysia” yang dilancarkan Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini, pasangan pengantin boleh merakamkan peristiwa penuh bermakna itu sambil berkongsi kegembiraan bersama saudara mara dan rakan.Pelancaran pakej perkahwinan itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Ahmad Zahid Hamidi di Mega View Menara Kuala Lumpur. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Zulkifli Mohamad, Presiden Persatuan Ejen Pelancongan Malaysia (Matta), Tunku Datuk Seri Iskandar Tunku Abdullah dan Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Kamaruddin Siaraf.“Pakej Warna Warni Perkahwinan Masyarakat Malaysia” diperkenalkan itu selari dengan konsep Kementerian Pelancongan di dalam usaha untuk mempromosikan “Malaysia Asia Sebenar”. Zulkifli berkata, Malaysia yang kaya dengan pelbagai warisan dan budaya membolehkan menawarkan pengalaman hebat kepada bakal pengantin asing dalam pemilihan majlis perkahwinan tanpa melawat sendiri ke negara asal budaya berkenaan.Sebagai contoh, jika pasangan terbabit ingin mengadakan majlis perkahwinan Cina atau India, mereka tidak perlu pergi ke negara China atau India. Malaysia juga satu-satunya negara yang menawarkan bukan saja majlis perkahwinan tiga bangsa majoriti Melayu, Cina dan India tetapi juga upacara adat perkahwinan suku kaum lain seperti Portugis, Iban, Kadazan, Jawa dan lain-lain.“Sebagai menara komunikasi keempat tertinggi di dunia, Menara Kuala Lumpur sedia menawarkan kemudahan kepada masyarakat dari negara luar untuk mengadakan majlis perkahwinan seumpama itu pada ketinggian 282 meter dari paras bumi. Di antara negara yang menjadi sasaran pasaran utama ialah United Kingdom, Jepun, Korea, Indonesia, Australia dan Timur Tengah,” katanya.Beliau berkata, Kementerian Pelancongan Malaysia dan Menara Kuala Lumpur akan bekerjasama untuk promosi pakej majlis perkahwinan itu dengan mempamerkan pelancong di dalam pelbagai kostum perkahwinan Malaysia ketika sambutan perayaan Citrawarna tahun ini. Menara Kuala Lumpur juga mengambil bahagian untuk mempromosi pakej itu pada Pertunjukan Perkahwinan Antarabangsa di Olympia, London pada 25 hingga 27 Februari. Pakej berkenaan juga akan diperkenalkan secara berterusan di Pelancongan Antarabangsa di Berlin, Pasaran Penerbangan Arab di Dubai dan lain-lain pertunjukan di Jepun, Indonesia dan lain-lain lagi.“Pakej ini juga sudah diperkenalkan di Asean Travel Fair di Langkawi, Promosi Kebudayaan dan Makanan Malaysia di Oman serta Berlin International Fair di Milan. Maklum balas diterima daripada ejen antarabangsa amat menggalakkan,” kata Zulkifli.Sempena pelancaran, majlis itu turut mempamerkan kepada hadirin upacara persandingan pasangan pengantin, majlis makan beradab, majlis menepung tawar dan merenjis air mawar mengikut tradisi perkahwinan masyarakat Melayu dan pencak silat.

2 comments:

Jeego said...

Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada tipsusaha jadi kaya. Banyak tips usaha jadi kaya di sini.

Jeego said...

Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

Terlanjur saya di sini, tahukah anda tips usaha jadi kaya. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. RM200,000 dalam masa 35 hari dengan modal hanya RM10! Ini baru REAL!. Peluang dan tips usaha jadi kaya di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...