Followers

Friday, February 18, 2005

Fikrah: Nabi Ayub diuji dengan penyakit kulit

SETIAP penyakit itu ada penawar dan ubatnya, kecuali mati dan tua. Dalam Islam, banyak al-Quran dan hadis yang mahukan umatnya berusaha mencari penawar bagi penyakit mereka.
Firman Allah bermaksud: “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur daripada al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi ubat, penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepada-Nya.” (Surah al-Isra’ ayat 82)Hadis Rasulullah saw daripada Jabir, katanya, Baginda bersabda bermaksud: “Bagi setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah.” (Hadis riwayat Muslim dan Ahmad) Sabda Baginda lagi daripada Usamah bin Syarik katanya, seorang Arab Badawi bertanya Rasulullah (apabila beliau menghidap penyakit): “Wahai Rasulullah adakah perlu kami berubat. Balas Baginda : “Ya. Wahai hamba Allah hendaklah kamu berubat; maka sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu penyakit melainkan ada penawarnya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)Perkara mengenai penyakit dan penawarnya, membawa kita kepada kisah Nabi Ayub yang mendapat penyakit teruk bertahun-tahun yang akhirnya dengan izin Allah sembuh pada 10 Muharam.Peristiwa itu mengandungi banyak pengajaran dan falsafah di sebaliknya, bagaimana Ayub diuji Allah dengan ditimpakan penyakit kulit yang teruk.Pelbagai dugaan ditempuhinya, namun akhirnya berkat ketakwaan serta keredaan Allah, akhirnya penyakit itu sembuh.Ayub adalah anak Nabi Ishak yang dilimpahi kekayaan harta benda, malah mempunyai banyak haiwan ternakan seperti lembu, kambing, kuda dan unta.Kekayaan itu membuatkan kehidupannya senang. Beliau juga mempunyai keturunan yang besar kerana ramai anak, baik lelaki mahu pun perempuan.Dengan segala kekayaan dan kemewahan, Ayub tidak lupa membuat kebajikan kepada golongan fakir, miskin dan anak yatim. Beliau tidak sombong, malah tetamu yang mengunjungi rumahnya disambut dengan baik.Harta dan keturunan yang besar tidak sedikit pun menjadikannya bongkak dan hamba kepada kekayaan. Sebaliknya, dengan kekayaan itu, keimanan dan ketakwaannya kepada Allah, semakin luhur.Melihatkan keadaan Ayub itu, iblis berusaha menggunakan segala tipu helah untuk menggugat imannya.Justeru, Ayub diuji dengan pelbagai cubaan. Pertama diuji melalui kekayaan dan harta bendanya. Kemewahan dan kekayaan yang dinikmati semakin hari menjadi susut dan seterusnya habis. Beliau akhirnya miskin sekelip mata.Dalam menghadapi ujian getir itu, keimanan Ayub kepada Allah tidak langsung terjejas. Beliau sabar menghadapi dugaan, dengan hatinya tidak ketinggalan mengingati Allah.Pendirian Ayub ternyata tidak mudah diubah. Justeru, beliau diuji sekali lagi dengan kematian anaknya, namun beliau masih bersabar dan pada masa yang sama memupuk ketakwaan pada Allah. Ayub memang tetap dengan pendiriannya, tidak tewas dengan tipu helah iblis.Selepas itu, Ayub diserang penyakit kulit yang luar biasa. Beliau menderita selama tujuh tahun kerana penyakit itu. Begitu lama menanggung sengsara penyakit itu, beliau tidak pernah gelisah. Beliau tabah menghadapi dugaan. Badannya semakin kurus, hingga menakutkan mata memandang. Namun, beliau masih mampu mengingati Allah.Disebabkan penyakit Ayub sungguh dahsyat, tiada orang sanggup melihatnya, melainkan isterinya yang sabar menemani dan merawatnya. Iblis tidak senang apabila menyaksikan kesabaran dan kesetiaan isteri Ayub.Isterinya digoda supaya tidak melayaninya lagi. Tipu daya iblis itu sebenarnya diketahui Ayub dari awal lagi, lalu diberitahu kepada isterinya.Ayub berkata kepada isterinya: “Jika aku sembuh, engkau pasti aku pukul 100 kali.”Kemudian Ayub berdoa kepada Allah seperti digambarkan melalui al-Quran: “Ingatlah ketika Ayub menyeru kepada Tuhannya: Ya Tuhanku! Aku mendapat penyakit dan cubaan daripada syaitan.”Doa Ayub dimakbulkan Allah dan penyakit yang dideritainya selama tujuh tahun itu sembuh. Dalam al-Quran diceritakan: “Cecah kakimu, inilah air yang sejuk untuk mandi dan minum. Dan Kami anugerahkan dia dengan mengumpulkan kembali keluarganya dan Kami tambahkan kepada mereka sebanyak mereka pula sebagai rahmat daripada Kami dan pengajaran bagi orang yang mempunyai fikiran.”Mengenai nazarnya, Ayub mengingatkan isterinya yang terpedaya dengan iblis bahawa beliau akan memukulnya 100 kali jika sembuh. Justeru, apabila benar-benar sembuh dan sihat, Ayub bertekad untuk melaksanakan nazar itu.Allah menurunkan wahyu kepada Ayub mengenai cara melakukan nazar itu.Firman Allah bermaksud: “Dan ambillah dengan tanganmu seikat rumput (100 batang), lalu pukullah dengan itu dan janganlah kamu melanggar sumpah. Sesungguhnya, Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar, dialah sebaik hamba kerana dia sesungguhnya amat taat kepada Tuhannya.”Ayub menggunakan rumput yang diikat itu untuk memukul isterinya dengan sekali libasan. Ia walaupun sekali pukulan, ia dikira 100 kali kerana rumput yang diikat itu mengandungi 100 helai daun.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...