Followers

Thursday, January 27, 2005

WASHINGTON: Tindakan Israel memburukkan kumpulan pejuang Palestin memakan diri apabila perbuatan itu sebaliknya mendedahkan pembohongan dan tipu muslihat askar rejim Zionis serta pendatang Yahudi yang menyamar anggota pejuang Palestin.

Dalam kejadian terbaru, pihak Israel menyebarkan pembohongan itu kepada media dunia dengan menunjukkan gambar didakwanya pejuang Palestin termasuk anggota Briged al-Aqsa sedang menjalani latihan di beberapa kawasan di wilayah Palestin.Gambar yang turut disiarkan agensi berita utama dunia itu menunjukkan beberapa lelaki, lengkap mengenakan penutup muka dengan senjata api dan pelancar roket sedang menjalani latihan bagi membuktikan dakwaan kemampuan sebenar pejuang Palestin itu.Namun, usaha itu ternyata mendapat bantahan beberapa pihak yang sebaliknya mendedahkan penipuan rejim Zionis itu menerusi imej serta tempat latihan kumpulan pejuang yang meragukan itu.Salah satu bukti pembohongan itu membabitkan lokasi latihan anggota didakwa kumpulan pejuang Palestin di sebuah khemah pelarian Palestin di Khan Younis, biarpun gambar itu sebenarnya menunjukkannya ladang buah oren yang diketahui hanya dimiliki pendatang haram Yahudi.“Itu bukannya penduduk Arab, tetapi pendatang haram Yahudi. Hanya mereka yang mempunyai ladang oren,” kata beberapa pihak yang memberi pendapat dalam salah satu laman web yang menyiarkan gambar itu.Selain lokasi, penipuan lain membabitkan ‘keberanian’ pejuang Palestin berlatih di kawasan yang terlalu dekat dengan pangkalan tentera Yahudi itu serta mengadakan sidang akhbar kepada wartawan.“Agak menggelikan hati bagaimana pejuang Palestin yang dianggap berani mati itu akan berlatih di khemah Khan Younis yang terletak cuma lima minit perjalanan dari pangkalan tentera Israel. “Jika kanak-kanak Palestin yang tidak bersenjata boleh ditembak askar Yahudi, inikan pula anggota pejuang yang secara terang-terang mengangkat senjata dan dengan imej sedemikian. Tambahan pula mengadakan sidang akhbar yang hanya mendedahkan diri mereka. Tidak masuk akal langsung dakwaan Israel itu,” kata mereka.Selain itu, tindakan kumpulan lelaki itu memakai kasut but yang lazimnya digunakan askar Yahudi itu juga menimbulkan syak mengenai pembohongan pihak Israel itu.“Ini kerana, pihak pejuang Palestin tidak memakai but sebaliknya kasut sukan biasa yang berharga AS$18 (RM68) sepasang. “Tetapi, gambar itu menunjukkan mereka memakai but mahal yang memang digunakan askar Yahudi.”Namun, apa yang lebih ketara adalah kulit putih kuning ‘anggota pejuang Palestin’ yang ternyata bukan milik pejuang sebenar Palestin yang memiliki kulit agak kemerah-merahan serta gelap.Malah, salah satu gambar menunjukkan seorang anggota kumpulan sedang mengangkat senjata dan mendedahkan ‘Star of David’ - lambang negara Israel dan penganut Yahudi.Bukti lain adalah topi askar dan senjata digunakan mereka iaitu raifal mahal bernilai AS$4,500 (RM17,100) setiap satu yang hanya digunakan askar Israel. Kumpulan pejuang Palestin sebaliknya dilengkapi peralatan dan senjata yang murah dan terpaksa dibuat sendiri kerana tidak cukup wang.Sementara itu dalam laporan lain menyatakan Israel kini bersedia melancarkan semula unit perang psikologi khas (PWU) yang bertujuan menyampaikan maklumat palsu berhubung Iran dan negara lain Asia Barat yang dianggapnya sebagai musuh.Sumber media Israel melaporkan semalam, unit itu yang dibubarkan lima tahun lalu, dianggotai berpuluh-puluh pegawai perisikan yang mahir berbahasa Arab termasuk anggota perisikan Shin Beth.PWU akan diketuai seorang pegawai perisikan veteran dan terbabit dalam operasi tertentu.Tahun lalu, Ketua Turus Tentera Israel, Moshe Yaalon ada menyuarakan keperluan memesongkan pemikiran warga Palestin yang usaha memerangi Israel boleh membuahkan hasil.Malah tentera Israel sendiri pernah cuba mengguna pakai syor Yaalon menerusi operasi kejam askar Yahudi serta memusnahkan harta benda pihak Palestin. Kejadian pembunuhan beramai-ramai penduduk Palestin di Jenin pada 2002 dan kemusnahan di Rafah, Semenanjung Gaza, 2003, adalah selaras perang psikologi Yahudi yang mahu mempengaruhi pemikiran penduduk Palestin. – Agensi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...